AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Info GAMB

GAMB ditubuhkan oleh seorang anak muda melayu yg ada niat murni utk membantu mengubah golongan muda melayu ke arah positif. Pengasas GAMB merupakan seorang anak muda melayu yg ada semangat melayu yg tinggi utk membantu anak-anak muda sebaya dgnnya berubah ke arah kebaikan terutama dlm aspek perpaduan jitu bangsa melayu yg makin goyah. GAMB mahu menjadi platform bagi mengumpulkan seberapa ramai anak-anak muda melayu yg ada semangat dan niat murni iaitu utk berjuang demi bangsa dan negara.GAMB mahu lebih ramai anak muda menyertai GAMB bagi memberikan kesedaran kpd generasi muda akan pentingnya semua bangsa melayu terutama generasi muda bersatu utk meneruskan perjuangan generasi terdahulu.GAMB telah menetapkan syarat-syarat berikut bagi ahli-ahli forum group FB GAMB.Antaranya adalah:

  1. Ahli GAMB mestilah berfikiran positif,berpandangan jauh,bersemangat melayu sejati,ada kesedaran & niat utk membantu mengukuhkan kembali perpaduan bangsa melayu. Ahli juga perlu bersikap matang dari aspek pemikiran,sikap dan sahsiah diri.
  2. Para ahli perlu bersopan santun,hormat-menghormati,ada semangat patriotisme yg tinggi,menghormati pandangan pihak lain.
  3. Para ahli disarankan mengemukan sebarang idea,cadangan,perbincangan dan sebagainya yang hanya berkaitan dengan kepentingan bangsa melayu dan Agama Islam sahaja.Sebarang perbincangan mestilah perbincangan yg mengandungi manfaat bukannya perbincangan yg boleh mengundang perbalahan,pergaduhan dan perpecahan perpaduan melayu.
  4. Para ahli perlu berpegang kepada keluhuran perlembagaan,rukun negara dan mempunyai nilai-nilai patriotisme yg tinggi.
  5. Sebarang perbalahan mesti dielakkan.
  6. Para ahli perlu mengamalkan musyawarah iaitu satu wadah utk berbincang mengenai sesuatu aspek.
  7. Para ahli mestilah memperkenalkan GAMB kepada seluruh pengguna anak muda melayu dalam facebook,bloggers juga disarankan agar mempromosikan GAMB dalam laman blog masing-masing.
    Pihak Admin tidak akan teragak-agak menegur/memberikan amaran keras terhadap mereka yang bersikap biadap.
  8. GAMB hanyalah untuk anak-anak muda melayu yang benar-benar mempunyai semangat melayu yg tinggi, jiwa melayu, identiti kemelayuan yg tinggi dan sifat melayu sejati.
  9. Para ahli juga digalakkan bersatu menentang pihak-pihak yang cuba mempertikaikan keluruhan perlembagaan perkara 153, perkara 152, perkara 30, institusi raja-raja melayu, keamanan negara dan mereka yang cuba membuat sebarang provokasi ke arah perkara yang negatif.
GAMB kini tlh diiktiraf sebagai sebuah NGO namun pada masa sama sistem pendaftaran ahli secara rasmi sdg dipertingkatkan bagi memberi peluang kpd mereka yg ingin mendaftar ahli dlm pertubuhan ini.GAMB akan didaftarkan pula dalam NGO Majlis Perundingan Melayu (MPM) Malaysia untuk bersama dengan 180 angkatan NGO Melayu setelah kedudukannya mantap.Insya-allah.Kesulitan pergerakan GAMB yang terbatas disebabkan faktor-faktor tertentu buat sementara waktu
GAMB juga ingin menyahut saranan MPM yang mahu orang2 melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik demi keutuhan ummah.Cogan kata GAMB ialah "MUSYAWARAH DAN MUAFAKAT MENJANA KEKUATAN UMMAH"


Hakcipta Terpelihara © 2011

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...