AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Tuesday, December 13, 2011

DAULAT TUANKU!!


Sultan Kedah catat sejarah
KUALA LUMPUR 13 Dis. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.


Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Upacara bermula pada pukul 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai Sikap terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.



Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.

Istiadat hari ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ia diikuti bacaan doa dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.

Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.

Istiadat hari ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong, Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan. – BERNAMA

Saturday, November 12, 2011

PERJUANGAN MELAYU BUKAN ASABIYAH !!


"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..."

Demikianlah ungkapan yang keluar daripada mulut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan beberapa tahun lalu.

Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jelaslah setiap yang mengaku dirinya Melayu itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Malah dalam masyarakat kita, apabila orang Cina atau India memeluk Islam, mereka juga dikatakan masuk Melayu. Ini adalah benar kerana sebagai seorang warganegara Malaysia, seorang mualaf itu pastinya boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dan biasa dengan adat resam dan budaya Melayu kerana budaya Melayu Islam sebenar adalah asas kebudayaan nasional, dengan itu mereka juga wajar dipanggil Melayu menurut terjemahan Perlembagaan kita.

Oleh yang demikian, benarlah ungkapan yang menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Adalah suatu kejahilan sesiapa menganggap perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu sebagai bukan perjuangan untuk agama Islam dan sempit. Tidak boleh juga kita memisahkan antara Melayu dan Islam dengan memaksa orang lain supaya memilih samada mahukan Islam ataupun Melayu. Ketahuilah bahawa hubungan Melayu dan Islam itu adalah bagaikan aur dengan tebing, suatu hubungan simbiotik yang saling kukuh mengukuhkan satu sama lain. Pun begitu, ungkapan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu mungkin hanya sesuai di Malaysia kerana kita mempunyai Perlembagaan yang menyebut tentangnya tetapi mungkin di Singapura atau Indonesia lain pula situasinya.


Namun begitu, yang pastinya bicara kita secara khusus adalah tentang perjuangan bangsa Melayu di negara ini. Lupakan pertikaian dengan berhujah adanya Melayu Kristian di Singapura atau di Indonesia kerana bagi kita di Malaysia, tiap-tiap Melayu itu mestilah beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Setelah kita memahami bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, maka kita tidak boleh melabelkan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu sebagai tidak Islamik atau asabiyyah. Perjuangan untuk bangsa Melayu adalah berbeza dengan perjuangan kebangsaan bagi bangsa-bangsa lain di dunia yang tidak diasaskan kepada agama. Perjuangan kebangsaan Melayu hari ini adalah disempadani oleh agama Islam, dengan sendirinya apa-apa yang bertentangan dengan agama maka ia bukanlah menjadi visi dan perjuangan bagi bangsa Melayu. Hal ini berlaku sejak turun temurun lagi dari mula kedatangan Islam di Tanah Melayu berabad-abad dulu. Bangsa Melayu memang terkenal dengan kuatnya berpegang kepada adat budayanya dan agama Islam. Ini diakui oleh semua orang termasuk penjajah.

Perlu diperjelaskan secara terperinci lagi bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang berjuang untuk bangsa Melayu adalah berjuang atas dasar asabiyyah adalah silap sepertimana telah dijelaskan tentang batas-batas perjuangan Melayu di atas. Dalam sebuah hadith sahih disebutkan bahawa: 


"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Juga disebutkan dalam sebuah hadith yang lain bahawa: 


"Dari anak perempuan Wasilah bin al Asqa', beliau pernah mendengar ayahnya berkata: Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah, apakah sebenarnya asabiyah? Jawab baginda : iaitu engkau menolong kaum bangsamu melakukan kezaliman." [H/R Ibnu Majah]

Jelas bahawa perjuangan kebangsaan yang disempadani oleh agama Islam tidak boleh diistilahkan sebagai perjuangan asabiyah kerana perjuangan kebangsaan sebegini tidak sesekali akan menyokong kemungkaran bangsanya. Sebaliknya asabiyah yang sebenarnya tidak terbatas pada perjuangan kebangsaan yang menyokong kezaliman sahaja tetapi turut meliputi perjuangan kelompok tertentu seperti kumpulan, parti, negeri, negara atau benua. Parti yang kononnya berjuang atas idealisme Islam juga boleh dilabelkan parti asabiyah jika mereka menyokong kezaliman puak-puak mereka.

Sesungguhnya tidaklah salah dan bukanlah kita berfahaman sekular jika kita mencintai bangsa dan tanahair kita sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Nabi s.a.w. sendiri cintakan bangsa dan tanahairnya. Bahkan disebutkan oleh ulama kita bahawa:

"Cintakan tanahair itu termasuk daripada Iman."

Jikalah perjuangan kebangsaan itu salah di sisi Islam kenapakah pejuang-pejuang Islam dahulu seperti Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama yang berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu? Malah disebutkan juga Imam as Syahid Hassan al Banna bahawa beliau tidak pernah menolak perjuangan berasaskan semangat cintakan bangsa dan tanahair. Beliau berkata tentang nasionalisme Mesir:

"Sesungguhnya kita menjadi orang-orang Mesir di atas tanah yang suci ini di mana di sinilah kita lahir dan membesar. Mesir adalah sebuah negara yang beriman dan menerima Islam secara mulia, menolak segala penentangan ke atas Islam sepanjang sejarah, ikhlas dalam menganutinya, meluruskan padanya perasaan yang paling lembut, emosi yang paling damai, di mana ia hanya baik untuk Islam, tidak berubat kecuali dengan ubatnya dan tidak akan sihat kecuali melalui rawatannya. Atas sebab keadaan yang banyak, ia telah menjadi penjaga pemikiran Islam dan mendirikannya. Maka bagaimanakah kita tidak mahu berusaha untuk Mesir dan melakukan kebaikannya untuknya? Bagaimanakah kita tidak mahu membela Mesir dengan segala kemampuan kita? Bagaimanakah dapat dikatakan bahawa Iman dan Mesir tidak menepati apa yang sepatutnya diserukan oleh seorang yang mengajak kepada Islam dan melaungkan Islam? Kita berbangga kerana kita ikhlas untuk negara yang dicintai ini, bekerja dan berjuang untuknya, kita akan terus demikian selagi kita masih hidup dan berkeyakinan bahawa ini adalah pusingan pertama bagi siri pembangunan yang dicitakan. Mesir adalah sebahagian daripada negara Arab secara umumnya dan apabila kita berusaha untuk Mesir, maka ia bererti kita berusaha untuk Arab, negara Timur dan Islam."

Dr. Yusuf al Qardhawi juga ada menyebutkan bahawa: 

"Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi s.a.w. sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, baginda berkata kepada kota Mekah: "Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling Allah cintai, kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukn kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya." Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergenang air mata Rasulullah dan baginda bersabda: 
"Biarkanlah hati ini memperakuinya". Tidak wujud di sana sebarang pertentangan di antara semangat kebangsaan yang bersifat fitrah dengan semangat keIslaman kerana tidak ada pertentangan di antara keduanya yang bersifat umum dan khusus."

Sekiranya seseorang itu adalah Melayu yang benar dan Muslim yang sedar, dia akan mendapati bahawa kebaikan untuk Melayu yang sebenarnya adalah kebaikan untuk Islam. Seorang Islam tidak akan mendapati halangan daripada agamanya untuk bermula dengan bangsanya di mana dia hidup bersamanya. Disebutkan dalam hadith sahih: 

"Mulakan dengan diri kamu, kemudian dengan mereka yang berada di bawah tanggungan kamu."











Monday, October 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2011


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA DARIPADA KETUA GAMB NEGERI MELAKA MERANGKAP KETUA PENERANGAN GAMB PUSAT BERSAMA BENDAHARI GAMB PUSAT, SEMOGA TUAH DAN TEJA DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN DAN PENGORBANAN SEPERTI MANA NABI IBRAHIM MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH UNTUK MENGORBANKAN ANAKNYA SENDIRI NABI ISMAIL. 

Friday, October 14, 2011

KAD KEAHLIAN RASMI GABUNGAN ANAK MUDA MELAYU BERSATU (GAMB) MALAYSIA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN KEPADA TUAH DAN TEJA SERTA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEKALIAN, GAMB KINI SEDANG DINAIKKAN TARAF UNTUK MEMBUAT KAD KEAHLIAN SECARA RASMI DALAM MEMPERKENALKAN LAGI GABUNGAN INI, CONTOH KAD DI ATAS ADALAH KAD KEAHLIAN RASMI GAMB, KAMI DI GAMB MALAYSIA SEDANG MENCARI 1000 AHLI UNTUK MENGELUARKAN KAD INI, KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG BERMINAT SILA ISI BORANG KEAHLIAN RASMI DAN MEMBAYAR YURAN SEUMUR HIDUP RM 10 SERTA DUIT KAD INI RM 18 RINGGIT UNTUK TAHUN INI SAHAJA, TAHUN DEPAN PIHAK GAMB AKAN MEMBUAT YURAN SEUMUR HIDUP RM 10 DAN AKAN MENGUTIP YURAN TAHUNAN SEBANYAK RM 50 SAHAJA. OLEH YANG DEMIKIAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN REBUTLAH PELUANG INI UNTUK KITA BERSATU SELAKU ANAK MUDA TANPA ADA IDEOLOGI POLITIK DALAM GAMB INI. SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday, June 22, 2011

Hukum Perbuatan Demonstrasi (Tunjuk Perasaan) Menurut Ahlus Sunnah

 Menyingkapi Perlakuan Demonstrasi Dari Kaca Mata Ahlus Sunnah

DEMONSTRASI
Tunjuk perasaan atau demonstrasi adalah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Allah Azza wa-Jalla. Ia pada hakikatnya telah dipelopori oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Timbulnya semangat dan bahang untuk berdemontrasi kerana ada pencetus yang menghasut.

Walaupun demonstrasi dianggap sebagai ungkapan hati nurani rakyat yang terjadi di semua negara termasuk negara Islam, namun ia tidak dapat diterima oleh hati nurani yang sihat dan beriman. Kerana pada kebiasaanya demonstrasi didalangi oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk mencapai rancangan atau konspirasi mereka.

Demonstrasi hanya dipertahankan dan didukung mati-matian sehingga dianggap sebagai jihad oleh mereka yang jahil terhadap syariat dan agamanya.

Para a’immah as-salaf as-Soleh (para imam/ulama kurun terawal) telah mengharamkan perbuatan demonstrasi yang terkutuk ini, kerana ia menganggu ketentaraman awam malah mencemarkan nama dan dakwah Islam yang sewajarnya dijalankan dengan hikmah. Oleh itu, demonstrasi adalah merupakan suatu bid’ah yang sesat yang wajib dijauhi oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan kesucian agama Islam.

DEMONSTRASI PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM

Setelah timbulnya pemikiran dan firqah Khawarij sehingga terjadinya pemberontakan serta kejadian terbunuhnya Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu, ia sangat erat hubungannya dengan demonstrasi. Kronologis kisah terbunuhnya Uthman radhiyallahu ‘anhu, ia dirancang oleh golongan Khawarij, dengannya bermula tersebarnya isu-isu fitnah yang dilontarkan kepada Khalifah Uthman yang ditaja dan disebarkan di kalangan kaum muslimin oleh seorang pendita Yahudi bernama Abdullah bin Saba’.

Abdullah bin Saba’ berpura-pura masuk Islam (secara nifak) untuk menipu dan memerangkap umat Islam dalam segala bentuk fitnah. Sememangnya Yahudi amat memusuhi agama Islam dan kaum muslimin. Sikap Yahudi telah dikhabarkan oleh Allah Azza wa-Jalla melalui firmanNya:

لَتَجِدَنَّ اَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِيْنَ آمَنُوا الْيَهُوْدُ وَالَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا.

“Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Surah al-Maidah, 5: 82)

Permusuhan kaum Yahudi bermula sejak berkembangnya Islam, seperti mengkhianati perjanjian mereka terhadap Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, merendahkan kaum muslimin, mencerca ajaran Islam dan banyak lagi makar-makar (tipu helah) busuk mereka. Namun setelah Islam kuat, tersingkirlah mereka dari Madinah. (Lihat: Sirah Ibnu Hisyam, juz 3. Hal. 191-199)

Pada zaman Abu Bakar dan Umar radiyallahu ‘anhuma, suara orang-orang Yahudi hampir hilang, bahkan Umar mengusir mereka dari Jazirah Arab sebagai merealisasikan perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa-salam yang pernah bersabda:

لاُخْرِجَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى مِنْ جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ حَتَّى لاَ اَدَعَ فِيْهَا اِلاَّ مُسْلِمًا.

“Sungguh akan aku keluarkan orang-orang Yahudi dan Nasara dari Jazirah Arab sehingga aku tidak sisakan (tinggalkan) padanya kecuali orang muslim. Juga sabda baginda: “keluarkanlah orang-orang musyrikin dari Jazirah Arab!”. (H/R. Bukhari)

Di tahun-tahun terakhir kekhalifahan Uthman radiyallahu ‘anhu, di waktu kondisi masyarakat mulai heterogen (kemasukan berbagai bangsa), banyak mualaf dan orang awam yang masih belum mendalam keimanan dan ilmunya, maka orang-orang Yahudi mula mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah. Mereka berpenampilan sebagai muslim (tetapi secara nifak), antara mereka adalah Abdullah bin Saba’ yang diberi julukan Ibnu Sauda.

Abdullah bin Saba’ berasal dari Shan’a. Dialah yang menaburkan benih-benih fitnah di kalangan kaum muslimin agar mereka iri hati dan benci kepada Uthman radiyallahu ‘anhu. Sedangkan inti dari apa yang dia bawa adalah pemikiran-pemikiran peribadinya yang bernafaskan Yahudi. Contohnya adalah kiasnya yang batil tentang kewalian Ali radiyallahu ‘anhu. Dia berkata:

“Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali. Sedangkan Ali adalah walinya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Kemudian dia berkata dan terus menabur fitnah:

“Muhammad adalah penutup para nabi sedangkan Ali adalah penutup para wali.”

Tatkala tertanam pemikiran ini dalam jiwa para pengikutnya, mulailah dia menerapkan tujuan utamanya iaitu melakukan pemberontakan terhadap kekhalifahan Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu. Maka dia melemparkan pernyataan pada masyarakat yang bunyinya:

“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang tidak layak mendapatkan wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!”

Setelah itu dia (Abdullah bin Saba’) terus mengeluarkan pembohongan (fitnah):

“Sesungguhnya Uthman mengambil kewalian (pemerintahan) yang bukan haknya, sedang wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kamu). Maka bangkitlah kamu dan bergeraklah. Mulailah untuk mencerca pegawai kamu, nampakkan amar makruf nahi mungkar. Nescaya manusia serentak bangun dan ajaklah mereka kepada perkara ini.” (Lihat: Tarikh ar-Rasul juz. 4 hal. 340 ath-Thabari melalui Mawaqif..)

Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah ini sama modelnya dengan amar makruf menurut Khawarij, iaitu keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintahan di atas mimbar-mimbar, forum-forum awam dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah. Masalah pun bukan semakin reda, bahkan tambah menyala-nyala. Fakta sejarah telah membuktikan hal ini. Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu. Peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah berterusan dari zaman Khalifah Uthman sampai kezaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiyallahu ‘anhu. (Lihat: Tahqiq Mawaqif ash-Syahabati fil Fitnati min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhaddisin juz 2 hal 342)

Sebenarnya amar makruf nahi mungkar yang mereka gembar-gemborkan hanyalah sebagai label dan perisai belaka tiada keikhlasan padanya. Buktinya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepada Uthman:

“Hai Uthman! Nanti sepeninggalanku Allah akan memakaikan pakaian padamu. Jika orang-orang ingin mencelakakanmu pada waktu malam (di riwayat lain): Orang-orang munafiq ingin melepaskannya, maka jangan engkau lepaskan. (Beliau mengucapkannya tiga kali).” (H/R. Ahmad dalam Musnad juz 6 hal 75. at-Tirmizi di dalam Sunan-nya dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Turmizi)

Syeikh Muhammad Amhazurn berkomentar: “Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang Khawarij tidaklah menuntut keadilan dan kebenaran, akan tetapi mereka adalah kaum yang dihinggapi penyakit nifaq sehingga mereka bersembunyi di balik tabir syiar perdamaian dan amar makruf nahi mungkar. Tidak diketahui di satu zaman pun adanya suatu jamaah atau kelompok yang lebih berbahaya bagi agama Islam dan kaum muslimin daripada orang-orang munafiq.”

Inilah hakikat amar makruf nahi mungkar kaum Sabaiyah dan Khawarij. Alangkah serupanya kejadian dulu dan sekarang!

Di zaman ini ternyata ada Khawarij gaya baru, iaitu orang-orang yang mempunyai pemikiran khawarij. Mereka menjadikan demonstrasi, tunjuk perasaan dan sebagai alat dan metod dakwah serta jihad. Di antara tokoh-tokoh mereka adalah Abdul Rahman Abdul Khaliq (seorang pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin), pengikut dan yang sefahaman dengannya yang mengatakan (dalam al-Fusul minas Siyasah asy-Syariyah): “Termasuklah metod atau cara Nabi salallahu ‘alaihi wa-sallam dalam berdakwah adalah demonstrasi atau tunjuk perasaan.”

Sebelum membongkar kebatilan ucapan Abdul Rahman Abdul Khaliq ini dan kesesatan manhaj Khawarij dalam beramar makruf nahi mungkar kepada pemerintah, marilah kita pelajari dan fahami manhaj Salaf as Soleh dalam perkara ini.

Manhaj Salaf as-Soleh (Golongan Soleh Kurun Terawal) Beramar Makruf Nahi Mungkar Kepada Pemerintah

Allah adalah Tuhan yang Maha Adil. Dia akan memberikan kepada orang-orang yang beriman seorang pemimpin yang arif dan bijaksana. Sebaliknya dia akan menjadikan bagi rakyat yang derhaka seorang pemimpin yang zalim. Maka jika terjadi pada suatu masyarakat seorang pemimpin yang zalim, sesungguhnya kezaliman tersebut dimulai dari rakyatnya. Meskipun demikian apabila rakyat dipimpin oleh seorang penguasa yang melakukan kemaksiatan dan penyelisihan/penentangan (terhadap syariat) yang tidak mengakibatkan ia kufur dan terkeluar dari Islam, maka tetap wajib bagi rakyat untuk menasihati dengan cara yang sesuai dengan syariat. Bukan dengan ucapan yang kasar lalu dilemparkan di tempat-tempat umum (khalayak ramai), apatah lagi mengkhabarkan dan membuka aib pemerintah, yang semua ini dapat menimbulkan fitnah yang lebih besar lagi dari permasalahan yang mereka tuntut.

Adapun dasar memberikan nasihat kepada pemerintah dengan sembunyi-sembunyi adalah hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara; Maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih bukan hasan, apalagi dhaif sebagaimana sebahagian ulama menyatakannya. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim. (Lihat: Muamalatul Hukam fi Dhauil Kitab was-Sunnah, hlm. 54)

Dan Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Dilalul Jannah fi Takhriji Sunnah. Hadis ini adalah pokok dasar dalam menasihati pemerintah. Orang yang menasihati jika sudah melaksanakan cara ini, maka dia telah berlepas diri (dari dosa) dan pertanggungan jawaban. Demikian dijelaskan oleh Syeikh Abdus Salam bin Barjas.

Bertolak dari hadis yang agung ini, para ulama salaf berkata dan bertindak sesuai dengan kandungan hadis ini. Antara mereka adalah Imam asy-Syaukani rahimahullah yang berkata:

“Bagi orang-orang yang ingin menasihati imam (pemimpin) dalam beberapa masalah (lantaran pemimpin itu telah berbuat salah), seharusnya ia tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk di hadapan khalayak ramai. Tetapi sebagaimana dalam hadis di atas, bahawa seorang tadi mengambil tangan imam dan berbicara empat mata dengannya, kemudian menasihatinya tanpa merendahkan penguasa Allah”.

Kami telah menyebutkan pada awal kitab as-Sir:

“Bahawasanya tidak boleh memberontak terhadap pemimpin walaupun kezalimannya sehingga puncak kezaliman apapun, selama mereka menegakkan solat dan tidak terlihat kekufuran yang nyata dari mereka”.

Hadis-hadis dalam masalah ini mutawatir, akan tetapi wajib atas rakyat mentaati imam (pemimpin) dalam ketaatan kepada Allah dan tidak mentaatinya dalam maksiat kepada Allah. Kerana sesungguhnya menurut hadis sahih:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (as-Sailul Jarar)

Imam at-Tirmizi membawakan sanadnya sampai kepada Ziyad bin Kusaib al-Adawi. Beliau berkata:

“Aku di samping Abu Bakrah, berada di bawah mimbar Ibnu Amir. Sementara itu Ibnu Amir sedang berkhutbah dengan mengenakan pakaian nipis. Maka Abu Bilal berkata: Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik. Lantas Abu Bakrah berkata: Diam kamu! Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa yang menghina (merendahkan) penguasa yang ditunjuk Allah di muka bumi, maka Allah akan menghinakannya.” (Sunnan at-Turmizi No. 2224)

Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjelaskan tata cara menasihati seorang pemimpin sebagaimana yang dikatakan oleh Imam asy-Syaukani rahimahullah sampai pada perkataannya:

“…Sesungguhnya sesiapa yang menentang pemimpin dalam perkara yang bukan prinsip dalam agama dengan terang-terangan dan mengingkarinya di perkumpulan-perkumpulan masjid, tempat-tempat kajian (tempat berucap/kuliah) dan sebagainya, itu semua sama sekali bukan tata cara menasihati. Oleh kerana itu, jangan engkau tertipu dengan orang yang melakukannya, walaupun timbul dari niat yang baik. Hal ini menyalahi cara Salaf as-Soleh yang harus diikuti. Semoga Allah memberi hidayah padamu.” (Maqasidul Islam. Hlm. 395).

Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawasanya beliau ditanya: “Mengapa engkau tidak menghadap Uthman untuk menasihatinya?” Maka jawab beliau:

“Apakah kamu berpendapat semua nasihatku kepadanya itu harus diperdengarkan kepada kamu? Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menasihatinya hanya antara aku dan dia. Dan aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu (fitnah) ini." (H/R. Bukhari)

Syeikh al-Albani mengomentari riwayat ini dengan ucapannya:

“Yang beliau (Usamah bin Zaid) maksudkan adalah (tidak melakukannya - pent.) terang-terangan di hadapan khalayak ramai dalam mengingkari pemerintah. Kerana pengingkaran terang-terangan boleh berakibat yang sangat membimbangkan. Sebagaimana pengingkaran secara terang-terangan kepada Uthman mengakibatkan kematian beliau.”

Demikian metod atau manhaj Salaf as-Soleh dalam amar makruf nahi mungkar kepada pemerintah atau yang mempunyai kekuasaan. Dengan demikian batallah manhaj Khawarij yang mengatakan bahawa demonstrasi termasuk suatu cara untuk berdakwah, sebagaimana yang diangap oleh Abdul Rahman Abdul Khaliq dan yang sefahaman dengannya.

Manhaj Khawarij ini menjadi salah satu sebab kejinya sifat orang-orang khawarij. Sebagaimana dalam riwayat Said Bin Jahman radiyallahu ‘anhu beliau berkata:

“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, beliau matanya buta, aku mengucapkan salam. Beliau bertanya kepadaku: Siapa engkau? Said bin Jahman, jawabku. Beliau bertanya: Kenapa ayahmu? Aku katakan: Al-Azariqah telah membunuhnya. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat al-Azariqah, semoga Allah melaknat al-Azariqah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka. Aku bertanya: (Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) al-Azariqah sahaja atau Khawarij semuanya? Aku katakan: Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya. Aku katakan: Tetapi sesungguhnya pemerintah (telah) berbuat kezaliman kepada rakyatnya? Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a’dham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a’dham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya.” (H/R. Ahmad)

Dan masih banyak lagi hadis-hadis mengenai celaan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam terhadap orang-orang Khawarij sebagai anjing-anjing neraka, kerana perbuatan mereka sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

Oleh kerana itu, bagi seorang muslim yang masih mempunyai akal yang sihat, tidak mungkin dia akan rela dirinya terjatuh pada jurang kenistaan seperti yang digambarkan oleh Rasulullah sallallahua ‘alaihi wa sallam (sebagai anjing neraka) terhadap Khawarij. Maka wajib bagi kita apabila hendak menasihati pemerintah, hendaklah dengan metod salaf yang jelas menghasilkan akibat yang lebih baik dan tidak menimbulkan perpecahan antara rakyat (sebagaimana akibat mengadakan demonstrasi) dengan pihak pemerintah yang akhirnya akan membawa kepada kerugian dikedua-dua belah pihak.

Berdemonstrasi Menyerupai Orang-Orang Kafir

Adalah sangat dikesalkan di mana para pen-demonstrasi ini adalah dari aktivis-aktivis Islam. Tetapi mengapa mereka melakukan hal ini? Mana ciri-ciri Islam mereka? Atas dasar apa mereka melakukannya? Apakah berdasarkan syubhat (kekaburan/kecelaruan pemahaman)? Atau mereka (penunjuk perasaan) yang beragama Islam tidak sedar bahawa mereka telah melakukan perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam junjungan mereka, kerana perbuatan tersebut menyerupai orang-orang kafir. Baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengkhabarkan:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka mereka termasuk kaum tersebut.”

Perbuatan demonstrasi ini adalah termasuk bentuk tasyabbuh terhadap orang kafir. Telah diterangkan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah tatkala seorang bertanya kepada beliau yang pertanyaannya berbunyi demikian:

“Apa hukumnya demonstrasi/tunjuk perasaan, misalnya para remaja lelaki ataupun perempuan keluar ke jalan-jalan? Beliau bertanya: Para perempuan juga? Penanya menjawab: Benar! Sungguh ini benar telah terjadi. Syeikh berkata: Masya Allah. Penanya berkata: Mereka keluar ke jalan-jalan dalam rangka menentang sebahagian permasalahan yang dituntut atau diperintahkan oleh orang yang mereka anggap taghut-taghut atau apa yang mereka tuntut dari parti-parti politik yang bertentangan dengan mereka. Apa hukumnya perbuatan ini? Syeikh menjawab: Aku katakan –wabillahi taufiq- jawaban dari soalan ini termasuk pada kaedah dalam sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunnannya. Rasulullah sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda:

“Aku diutus dengan pedang diketika hampirnya Hari Kiamat sehinggalah hanya Allah-lah yang disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan Allah menjadikan rezekiku di bawah naungan tombak, dijadikan kerendahan dan kekerdilan atas orang yang menentang pemerintah. Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum mereka.”

Yang dijadikan dalil dari ucapan beliau sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini adalah perkataan:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum mereka.”

Maka tasyabbuh (penyerupaan) seorang muslim kepada seorang kafir tidak pernah dibolehkan dalam Islam. Tasyabbuh kepada seorang kafir ada beberapa tingkatan dari segi hukum. Yang tertinggi adalah haram dan yang terendah adalah makruh. Permasalahan ini sudah diterangkan secara terperinci oleh Syeikhul Islam (Ibn Taimiyah rahimahullah) di dalam kitabnya yang agung, Iqtida’ Siratal Mustaqim, Mukha lafata Ashabil Jahim secara terperinci dan tidak didapati selain dari beliau rahimahullah. Dalam perkara ini perlu juga diperingatkan bahawa sewajarnya talibul ilmi (pencinta ilmu) memperhatikannya agar tidak menyangka bahawa hanya tasyabbuh saja yang dilarang oleh syariat.

Ada perkara lain yang lebih tersamar iaitu perintah untuk tidak menyerupai orang-orang kafir. Tasyabbuh kepada orang-orang kafir adalah menjalankan kesukaan mereka. Adapun menyelisihi orang-orang kafir adalah engkau bermaksud tidak menyerupai (meniru) mereka pada apa yang kita dan mereka mengerjakannya tetapi mereka tidak merubahnya. Seperti sesuatu yang ditetapkan dengan ketetapan yang amali, maka ini adalah ketetapan amali yang tidak berbeza antara muslim dengan kafir kerana sesungguhnya pada ketetapan ini tidak ada usaha dan kehendak dari makhluk. Kerana yang demikian adalah sunnahtullah Tabaraka wa Ta’ala kepada manusia dan tidak akan didapati sunnahtullah itu berubah. Sebagaimana telah sahih dari sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak menyamir (mencelup) rambut-rambut mereka, maka selisihi mereka (2X).”

Sesungguhnya dalam hal ini seorang mukmin mungkin menyerupai orang kafir dalam hal uban. Dan ini tidak ada perbezaannya. Kamu tidak akan menemukan seorang muslim yang tidak beruban kecuali sangat sedikit sekali. Ada kesamaan di sini pada penampilan antara muslim dan kafir yang sama-sama keduanya tidak boleh memiliki/mengatur sebagaimana yang kami katakan tadi. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan untuk tidak menyerupai kaum musyrikin, iaitu dengan mencelup uban di rambut kita, iaitu sama saja rambut, janggut atau kepala. Untuk apa? Agar dengan celupan tersebut nampak perbezaan antara muslim dan kafir. Maka apa tujuannya kalau apabila seorang kafir mengerjakan suatu amalan, lalu seorang muslim ikut melakukannya dan terpengaruh dengan perbuatan-perbuatan mereka? Ini kesalahan yang lebih parah daripada penyelisih.

Dalam masalah ini, saya (Muhammad Nashiruddin al-Albani) memperingatkannya sebelum memasuki perbahasan dalam menerangkan jawapan yang ditujukan pada saya. Jika telah diketahui perbezaan di antara tasyabbuh dengan penyelisihan, maka seorang muslim yang benar ke-Islamannya hendaklah terus menerus berusaha menjauhi tasyabbuh dengan orang kafir. Sebaliknya harus berusaha menyelisihi mereka.

Dengan alasan inilah kami mensunnahkan (membiasakan) meletakkan jam tangan di tangan kanan, kerana mereka yang pertama kali membuat jam tangan memakai di tangan kiri.

Kami mengambil istinbath demikian berdasar ucapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: “Maka selisihilah mereka.” Kamu mengetahui hadis ini, “Bahawa Yahudi dan Nasara tidak mencelup rambut (uban) mereka, maka selisihilah mereka.” Sebagaimana yang diucapkan Syeikhul Islam dalam kitab tersebut (iktida).

Ucapan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam: “Maka selisihilah mereka” merupakan hujjah yang mengisyaratkan penyelisihan terhadap orang-orang kafir sebagaimana yang dikehendaki oleh as-Sami’ul ‘Alim (Allah Subhanahu wa Ta’ala) dan direalisasikan dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, kami mendapati praktik penyelisihan dalam amalan dan hukum-ahkam bukan termasuk wajib. Seperti makan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau, “Solatlah kamu di atas sandal-sandal kamu, Selisihilah Yahudi (2X).”

Maka dengan ini diketahui bahawa solat memakai sandal bukan fardhu. Berbeza dengan memanjangkan janggut, kerana orang yang mencukurnya akan mendapat dosa. Adapun solat dengan bersandal itu adalah perkara yang sunnah (Mustahab). Namun apabila seorang muslim terus menerus tidak memakai sandal ketika solat, justeru telah menyelisihi sunnah dan bukan menyelisihi Yahudi.

Ada suatu hal yang perlu diperhatikan di sini sebagaimana dalam riwayat sikap tawadhu’ Ibnu Mas’oud ketika beliau mempersilakan Abu Musa al-Asyari mengimani solat waktu itu. Pada hal kedudukan Ibnu Mas’oud lebih utama dari Abu Musa radyiallahu anhu. Pada waktu itu Abu Musa al-Asyari melepaskan sandalnya, dan segera ditegur dengan keras oleh Ibnu Mas’oud: “Bukankah ini perbuatan orang-orang Yahudi? Apakah kau menganggap dirimu ada di lembah Tursina yang disucikan?” Ucapan Ibnu Mas’oud ini menegaskan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: “Solatlah di atas sandal kamu dan selisihilah Yahudi!”.

Apabila dua hakikat ini telah difahami, iaitu (larangan) tasyabbuh dan (perintah) menyelisihi kaum musyrikin, maka wajib bagi kita untuk menjauhi setiap perilaku kesyirikan dan segala bentuk kekufuran.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Sesungguhnya kamu benar-benar akan mengikuti jalan-jalan yang ditempuh oleh orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan kalaupun mereka menyusuri atau masuk ke lubang biawak nescaya kamu pun akan memasukinya.”

Berita dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini mengandungi peringatan bagi umat ini. Namun di samping itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga mengatakan dalam hadis mutawatir.

“Akan selalu ada dari umatku suatu kelompok yang menampakkan al-haq. Tidak membahayakan mereka orang yang menyelisihi mereka sampai datang hari kiamat.”

Jadi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam itu telah memberikan khabar gembira dalam hadis sahih ini bahawasanya umat ini terus dalam keadaan baik. Tatkala datang berita ini, iaitu: “Sungguh kamu akan mengikuti jalan-jalan sebelum kamu.” Maka apabila mencontohi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam merubah keadaan masyarakat, maka tidak ada dalam aturan Islam merubah keadaan masyarakat dengan cara bergerombol-gerombol, berteriak-teriak melalui demonstrasi (tunjuk perasaan).

Islam mengajarkan ketenangan, antaranya dengan mengajarkan ilmu di kalangan kaum muslimin serta mendidik mereka di atas syariat Islam sehingga membuahkan hasil yang benar, walaupun memerlukan tempoh waktu yang sangat panjang.

Dengan ini saya (Muhammad Nashiruddin al-Albani) katakan dengan ringkas, demostrasi atau tunjuk perasaan yang terjadi di sebahagian negara Islam pada hakikatnya adalah penyimpangan dari jalan kaum mukminin dan tasyabbuh (menyerupai) golongan kafir. Sungguh Allah telah berfirman (yang ertinya):

“Barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An-Nisa’ 4: 115)

Si penanya bertanya lagi: Mereka (para penunjuk perasaan) berdalih dengan dalil Sirah (sejarah Nabi), bahawasanya setelah Umar radhiallahu ‘anhu masuk Islam, kaum muslimin (serentak keluar). Umar pada suatu barisan sedang Hamzah di barisan lain. Maka mereka (yang pro demonstrasi) mengatakan tunjuk perasaan ini untuk mengingkari taghut-taghut dan orang-orang kafir Quraisy. Bagaimanakah jawapan anda dengan dalil semacam ini?”

Syeikh menjawab: Jawapan terhadap pendalilan seperti itu adalah: Berapa kali aksi demonstrasi ini terjadi pada masyarakat Islam (dulu)? Hanya satu kali. Padahal Sirah termasuk sunnah yang diikuti. Menurut ulama fekah, mereka mengatakan kalau sudah nyata dari Rasul sallallahu ‘alaihi wa-sallam sesuatu ibadah yang disyariatkan, maka akan diberi pahala orang yang melakukannya. Dan dalam pelaksanaannya pun tidak boleh terus menerus tanpa putus kerana dikhuatirkan menyerupai perkara wajib dengan sebab lamanya waktu.

Kebanyakan manusia (menurut adat mereka) kalau ada salah satu muslim meninggalkan sunnah seperti ini, nescaya akan diingkari dengan keras. Demikian menurut para ahli fekah. Maka bagaimana kalau ada suatu peristiwa yang sekilas terjadi pada waktu tertentu seperti disebutkan di dalam sirah di atas, kemudian dijadikan sunnah yang diikuti, bahkan dijadikan hujjah untuk mendukung apa yang diperbuat oleh orang-orang kafir secara terus menerus, sedangkan kaum muslimin tidak secara mutlak melakukannya kecuali pada saat itu sahaja.

Kita mengetahui kebanyakan pemerintahan mempunyai hukum-ahkam yang keluar dari Islam dan kadang-kadang manusia dipenjarakan dengan zalim dan melampaui batas, maka bagaimana sikap kaum muslimin dalam hal ini? Rasul shallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan dalam hadis sahih wajibnya taat kepada pemerintah walaupun dia mengambil hartamu dan memukul punggungmu. Namun kenyataannya demonstrasi bukan ketaatan kepada pemerintah seperti yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Inilah yang saya (al-Albani) khuatirkan tentang apa yang dinamakan “Kebangkitan (syahwah) suara kebenaran,” bagaimana kita akan meredhainya? Bagaimana mungkin suatu kebangkitan (syahwah) dengan perasaan, bukan dengan ilmu? Padahal ilmu itulah yang menjadikan perkara itu dianggap baik atau buruk.

Tidak diragukan lagi di al-Jazair dan setiap negara Islam, syahwah ini lahir dari pemuda Muslim setelah mereka “bangun dari tidur”. Akan tetapi kamu akan melihat mereka berjalan di atas jalan yang menunjukkan ketidak-gigihan mereka dalam menuntut ilmu Allah 'Azza wa Jalla.

Kita tidak memperpanjangkan pembahasan. Cukuplah kita katakan pengambilan mereka terhadap dalil demonstrasi ini menunjukkan kebodohan mereka terhadap fiqh Islam sebagaimana yang kami telah nyatakan. Kejadian yang sesaat ini terbetik pada diri saya dan saya teringat bahawa kejadian ini tercatit dalam sirah.

Akan tetapi saya belum boleh mendapati sahih atau tidaknya saat ini. Jika riwayat ini sahih sanadnya dan ada salah seorang di antara kamu mendapati riwayat ini pada kitab-kitab hadis muktabar, tolong ingatkan saya. Sehingga saya boleh memeriksa barangkali riwayat tentang demonstrasi dalam sirah tersebut sahih. Maka kalaupun sahih, hanya dilakukan sekali sahaja. Jika terjadi hanya sekali sahaja, tentu tidak boleh dijadikan sunnah. Apalagi bila demonstrasi saat ini lebih sering dilakukan oleh orang-orang kafir yang seharusnya kaum muslimin meningalkannya (tidak menirunya).

Kejadian ini dilakukan oleh orang-orang kafir kemudian kita mengikutinya. Ulama Hanafiah telah membuat pijakan di dalam masalah fiqhiyah bahawasanya ada suatu masalah yang merupakan sunnah Muhammadiyah yang tidak sepatutnya ditinggalkan, iaitu sunnah membaca surah Sajadah pada pagi hari Jumaat (waktu solat subuh). Ini terdapat dalam Sahihain (Bukhari dan Muslim).

Walaupun demikian ulama Hanafiah menganjurkan pada imam-imam masjid agar sesekali meninggalkannya, dikhuatirkan apabila terus menerus diamalkan di kalangan orang awam, akan mengangkat hukumnya keluar dari hukum asalnya, iaitu dari sunnah menjadi wajib.

Kami mempunyai bukti yang mendukung ketelitian dalam fiqh dan pemahaman terhadap sunnah ini. Saya sangat ingat bahawasanya imam di masjid besar Damaskus iaitu masjid Bani Umaiyah, mengimami solat subuh di masjid tersebut dan dia tidak membaca surah Sajadah. Baru saja imam salam, tiba-tiba mereka membentak dan mendatangi imam tersebut seraya berkata: “Kenapa engkau tidak membaca surah Sajadah?” Kemudian ia menerangkan bahawa hal itu adalah sunnah, dan kadang-kadang dianjurkan untuk meninggalkannya.

Kejadian ini terjadi kerana imam masjid mengamalkan amalan tersebut secara terus menerus dan berlangsung lama. Dan waktu itu ia tidak mengerjakan amalan tersebut.

Lebih aneh lagi yang terjadi pada diri saya. Pada suatu hari saya berada dalam perjalanan dari Damaskus, kira-kira 60km ke Madhya. Maka aku hampiri di pagi hari Jumaat untuk solat berjamaah bersama kaum muslimin di sana. Tatkala itu imam tidak datang. Maka mereka mencari pengganti imam yang sesuai. Mereka tidak mendapati pengganti kecuali saya. Pada waktu itu saya masih muda dan janggut saya baru tumbuh. Dalam keadaan bingung, mereka menyuruh saya mengambil alih.

Saya sebenarnya belum menghafal surah Sajadah dengan baik, maka saya membaca surah Maryam. Saya membaca dua halaman awal. Tatkala saya takbir untuk rukuk, maka saya merasakan semua makmum telah sujud. Ini menunjukkan kerana apa? Kerana adat kebiasaan (iaitu mereka sujud tilawah kerana kebiasaan dan bukan dengan ilmu).

Sayogianya para imam menjaga keadaan masyarakatnya agar tidak ghuluw (berlebihan) pada sebahagian hukum-ahkam. Lalu memberi penjelasan bahawa masalah syariat, wajib untuk diambil dengan tanpa sikap keterlaluan hingga mengangkat darjat hukum sunnah menjadi wajib dan sebaliknya yang wajib menjadi sunnah.

Semua ini adalah ifrath dan tafrith yang tidak diperbolehkan. Inilah jawapan saya terhadap pendalilan (riwayat Umar di atas) yang menunjukkan atas kebodohan orang yang mengambil dalil dengannya. (Kaset Fatwa Jeddah no. 89980, pagi subuh, hari Ahad, 27 Jamadil Akhir 1410H).

Bantahan Terhadap Syubhat Abdul Rahman Abdul Khaliq

Di awal sudah saya sentuh masalah manhaj Abdul Rahman Abdul Khaliq terhadap pemerintahan muslimin. Iaitu bolehnya mengadakan demonstrasi sebagai alat dakwah dengan berdalil riwayat Umar radiyallahu ‘anhu yang dibawakan oleh seorang penanya di atas.

Dan Syeikh al-Albani mengatakan bahawa beliau belum tahu sahih dan dhaifnya riwayat tersebut. Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah membantah syubhat Abdul Rahman Abdul Khaliq. Kata Syeikh bin Baz: “Engkau menyebutkan pada kitab Fushul Minas Siyasah as Syariyah hal. 31-32 bahawasanya termasuk dari uslub (metod) dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah demonstrasi. Saya belum pernah mengetahui nas yang sharih (jelas) dalam masalah ini. Maka saya mengharap faedah dari siapa kamu mengambil dan dari kitab mana kamu dapatkan. Jika hal itu tidak ada sanadnya, maka kamu wajib untuk rujuk (kembali/bertaubat) dari hal itu. Kerana saya tidak tahu sama sekali nas-nas yang menunjukkan hal itu.

Dengan menggunakan demonstrasi atau tunjuk perasaan justeru mengakibatkan banyak kerosakan. Jika nas (dalil) itu sahih, maka sempurna sehingga orang-orang yang membuat kerosakan tidak berdalih dengannya dalam demonstrasi-demonstrasi mereka yang batil.” (Tanbihat wa Ta’aqibat. Hlm. 41).

Jawapan Abdul Rahman Abdul Khaliq: Adapun ucapanku pada kitab al Fusul Minas Syiasah as Syariyah fi Dakwah Ilallah, maka saya katakan: Saya telah menyebutkan demonstrasi-demonstrasi yang digelar itu sebagai wasilah (perantaraan) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam menampakkan dakwah Islam sebagaimana telah diriwayatkan bahawa setelah masuk Islamnya Umar radiyallahu ‘anhu kaum muslimin keluar kerana perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada dua saf (barisan) dalam rangka menampakkan kekuatan. Dalam satu barisan terdapat Hamzah radhiyallahu ‘anhu manakala barisan yang lain ada Umar bin al-Khattab radiyallahu ‘anhu beserta kaum muslimin.”

Kemudian Abdul Rahman Abdul Khaliq membawakan riwayat dengan sanad-sanad yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dengan sanad sampai kepada Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhu, Ibnu Abi Syaibah dalam as-Syabah dan di dalam tarikhnya serta al Bazar. Kemudian dia (Abdul Rahman) berkata: Tetapi setelah kedatangan surat anda (Syeikh Ibnu Baz) aku dapati bahawa jalur sanad hadis ini atas Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah, dia mungkarul hadis. Demikian pernyataan Abdul Rahman Abdul Khaliq (ini membuktikan bahawa Abdul Rahman Abdul Khaliq mengakui tentang kemungkaran hadis demonstrasi).

Tapi anehnya setelah itu ia mengatakan: Saya berpandangan metod ini (demonstrasi) boleh untuk dijadikan metod yang benar dalam mendorong/menganjurkan manusia dalam solat Jumaat dan berjamaah dalam rangka menampakkan banyaknya orang Islam. Demikian juga mempamerkan tentera-tentera Islam bersama dengan peralatan perang, kerana hal ini dapat menaklukkan hati-hati musuh dan menakutan musuh-musuh Allah serta meninggikan syariat Islam.

Demikianlah cara ahlul bid’ah. Setelah ditanya atau dibantah dari sisi pendalilan (dari syara') dan setelah ucpan atau perbuatannya diketahui tidak benar, bahkan palsu, mereka tidak mahu merujuk kepada dalil yang sahih dan manhaj yang benar. Bahkan dia berdalih: “Maksud saya demikian, maksud saya demikian.” Boleh sahaja hadis lemah dalam hal ini, bahkan hadis palsu dijadikan i’tibar dan berbagai silat lidah (putar belit) lainnya pun meluncur tajam dari mulutnya sebagai alasan.

Maka saya katakan: Setelah dalilnya diketahui mungkar, kerana adanya perawi yang mungkarul hadis pada sanadnya, tentu saja demonstrasi tidak boleh dijadikan sebagai hujjah manhaj amar makruf nahi mungkar. Kerana metod/inti dakwah adalah tauqifiyah, iaitu harus sesuai dengan metod Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabatnya.

Andainya kisah Umar itu sahih, maka penjelasan adalah sebagimana yang telah diterangkan oleh Syeikh al-Albani, bahawa setelah diketahui dalil mereka berdemonstrasi itu dhaif (lemah) bahkan mungkar, maka tidak boleh lagi dijadikan sebagai dalil bolehnya berdemonstrasi, sekalipun niat dan tujuannya disangka sebagai baik, sebagaimana telah diterangkan oleh Syeikh bin Baz di atas. Wallahu a’lam.

Kemungkaran Demonstrasi (Tunjuk Perasaan)

Dalam tulisan di atas, sudah diterangkan sebahagian kemungkaran pada perbuatan demonstrasi (tunjuk perasaan), maka jika diringkaskan maka antara kemungkaran-kemungkarannya ialah:

(1). Ianya jelas berbentuk tasyabbuh, iaitu perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang kafir.

(2). Termasuklah khuruj (keluar menentang pemerintah) yang dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam riwayat Muslim dan lain-lain.

(3). Menceritakan aib pemerintah di hadapan umum dalam bentuk pidato/ucapan yang inipun dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

(4). Ikhtilath (bercampur-baurnya) lelaki dan perempuan, bahkan berhimpit-himpitan.

(5). Tidak berasaskan undang-undang atau hukum syara', yang mana demonstrasi seringkali berlaku di dalamnya pidato/ucapan berbentuk hasutan dan fitnah.

Jalan Penyelesaian Dari Krisis

Pada situasi sekarang, masalah yang timbul bukan sahaja terjadi yang berpunca dari satu aspek, misalnya ekonomi, tetapi juga terjadi pada aspek lainnya, seperti sosial dan politik. Dan krisis ini tidak boleh sembuh secara total jika dibasmi dengan kebatilan tunjuk perasaan.

Suatu negara yang dipimpin oleh pemimpin yang zalim yang di dalamnya ditaburi dengan perbuatan-perbuatan mungkar orang yang berkuasa seperti korupsi (rasuah) dan nepotisme merupakan hasil dari sikap dan tindakan rakyatnya juga. Maka kalau rakyatnya baik, nescaya Allah Subhanahu wa-Ta’ala akan menganugerahkan kepada mereka pemimpin yang baik, arif dan bijaksana. Hal ini sudah dilbuktikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu ‘alahi wa-sallam dan para Khulafa ar-Rasyidin.

Adapun setiap situasi yang kacau bilau, maka jalan keluar dan penyelesaiannya bukanlah dengan demonstrasi, tetapi dengan amar makruf nahi mungkar dengan cara yang tepat dan benar. Kemudian menyebarkan ilmu yang hak di kalangan umat agar muncul generasi-generasi yang berbekal ilmu. Akhirnya diharapkan nanti setiap langkah yang mereka lakukan diukur dengan ilmu syara yang hak. Dengan demikian akan musnahlah virus salah guna kuasa, korupsi dan virus-virus yang lainnya.

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan ang mengerjakan amal-amal yang sholeh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nuur, 24: 55)

Wallahu’alam.
Sumber :  BAHAYA SYIRIK!!!

Thursday, June 16, 2011

Sejarah Perhimpunan Bersih 1


Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.[perlu rujukan]

Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

Memorandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.
BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Tuntutan Bersih

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:
1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Sebab permit tidak diluluskan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning kerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai.
Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:
  1. Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986). Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.
  2. Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.
  3. Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.[perlu rujukan]

Pendirian Suhakam

Suhakam ialah badan rujukan tentang hak asasi manusia di Malaysia. Datuk Sri Siva Subramaniam menyatakan bahawa tindakan-tindakan polis yang menyekat pelbagai laluan ke Dataran Merdeka, melepaskan tembakan air dan menangkap 245 lebih orang peserta tidak akan menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Polis berhak menentukan tahap keselamatan dan membuat keputusan yang sesuai demi kebaikan orang ramai dan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Rentetan Peristiwa

  • Perhimpunan yang tidak mendapat permit polis diteruskan juga pada hari Sabtu, 10 November 2007 jam 3.00 petang.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO 2007 di PWTC pada Jumaat, 9 November 2007, menyatakan perhimpunan tersebut hanya mencabar undang-undang negara.
  • Tan Seri Musa Hassan menegaskan sesiapa yang memakai kemeja kuning akan ditangkap.
  • Utusan Malaysia menyatakan perhimpunan itu disertai sekitar 4,000 orang sahaja yang berbaju kuning. Lokasi mereka di anjung Masjid Negara, bawah jambatan Masjid Jamek, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Selain itu dikatakan mereka diseru untuk berkumpul di Hentian Puduraya dan Central Market.
  • Hujan turut dengan lebat.
  • Peserta perhimpunan enggan bersurai walaupun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menyuraikan mereka dengan semburan air dan gas pemedih mata. Akhirnya pihak berkuasa membenarkan memorandum diserahkan kepada wakil Istana Negara.
  • Seramai 10 wakil termasuk Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.
  • Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tiada di Istana Negara kerana berada di Terengganu bagi merasmikan Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu, Trangganu.
  • Pada 11 November 2007, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpendapat, pihak pembangkang cuba mengheret institusi raja. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pihak kerajaan boleh menghimpunkan lebih daripada itu. Datuk Zainuddin Maidin kesal dengan laporan al-Jazeera yang mengambil sumber maklumat dari laman blog yang pro DAP.
  • Pada 12 November 2007, dalam sidang Parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan kenyataan Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi.
  • Pada 16 November 2007, pihak Istana Negara membuat kenyataan rasmi kepada pihak media bahawa baginda Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan perhimpunan ini.
  • Pada 17 November 2007, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyatakan sebagai tidak manis dan satu fitnah jika Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram itu. Tidak elok nama Yang di-Pertuan Agong dibabitkan. Orang Islam tidak boleh menfitnah antara satu sama lain. Baginda yakin Tuanku mizan tidak terbabit sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.

Liputan Al Jazeera

Al Jazeera, sebuah agensi berita Timur Tengah yang mempunyai pusat penyiaran rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, turut membuat liputan mengenai peristiwa Perhimpunan Bersih. Mereka melaporkan bahawa pihak pengaman bertindak ganas dengan menyembur bahan kimia pemedih mata sehingga mencederakan ramai orang.Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, ketika diwawancara oleh Al Jazeera, menyindir mereka pula dan menyifatkan bahawa mereka sengaja membesar-besarkan cerita.

Tangkapan

Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim . Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

 

 



Tuesday, May 31, 2011

Parlimen Belia wadah suarakan pendapat, pandangan

BUAT pertama kalinya dalam sejarah, negara ini akan ada Parlimen Belia. Ini bermakna suara golongan berkenaan dapat didengar terus oleh kerajaan.

Dan ini juga bermakna, pandangan-pandangan golongan yang terkenal dengan ketinggian semangat serta mempunyai pelbagai idea ini akan didengar, dibincangkan dan seterusnya dipertimbangkan kerajaan.

Penubuhan Parlimen belia ini sekali gus dikatakan mengisi 'tiga permintaan asas belia', selama ini - iaitu golongan itu mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf, dan isu-isu belia ditangani dengan cara yang berorientasikan mereka.

Walaupun tidak dapat dilaksanakan dengan segera, tetapi sudah pasti inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya itu memberi lembaran baru kepada golongan ini.

Pendekatan ini, memberi peluang kepada mereka memilih wakil mereka untuk membahas usul serta mencadangkan kepada kerajaan.

Ini kerana ketika ini, mereka tidak mempunyai saluran khas untuk mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai sesuatu isu kepada kerajaan.

Mereka meluahkan semuanya, sama ada komen-komen yang baik atau tidak, dalam media baru seperti blog, portal berita dan laman sosial seperti Facebook,Twitter, Myspace dan lain-lain.

Bukan itu saja, kecenderungan mereka untuk mendapat maklumat yang tepat mengenai dasar-dasar kerajaan juga adalah rendah kerana adanya pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan memutar belit apa sahaja langkah dan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam sesuatu isu.

Justeru, Parlimen Belia bukan sekadar dilihat dapat melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda, banyak perkara-perkara berbangkit lain dapat ditangani dengan penubuhan parlimen ini.

Suara-suara mereka akan didengar di tempat yang mulia iaitu Parlimen, bukan di tepi-tepi jalan dengan menyertai demonstrasi atau rusuhan.

Oleh itu, untuk merealisasikan penubuhan Parlimen Belia ini, konsep, komposisi keahliannya, umur dan cara pemilihannya perlu dilakukan secara telus dan menarik penglibatan menyeluruh daripada belia.

Ini untuk menjamin, semua kelompok belia di negara ini mempunyai wakil dalam Parlimen itu kelak.

Wednesday, May 25, 2011

Ambil iktibar sejarah untuk perkukuhkan perpaduan antara kaum



GENAP 41 tahun, pada tarikh hari ini -13 Mei 1969 tercatat sejarah hitam hubungan kaum negara ini. Peristiwa perbalahan antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Akibat perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir. 

Kalau diceritakan kepada generasi muda sekarang, barangkali peristiwa hitam itu tidak memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah semata-mata.

Tetapi elok kita peringatkan pemimpin kaum dan generasi muda sekarang tentang iktibar yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk ini.

Mungkin elok difikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum.
Tujuannya bukan hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi elok diadakan supaya dapat mengelak peristiwa yang sama berulang.

Semua rakyat majmuk negara ini harus sedar, tidak ada manfaat dan keuntungan kepada mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini.

Tidak ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Untuk mendapatkan bekalan makanan pun susah. Aktiviti harian tergugat. 

Yang bermain di dalam minda ketika itu ialah keselamatan diri dan keluarga. Dalam keadaan tegang begini, tahap keyakinan antara kaum amat rendah. Tidak siapa boleh dipercayai. 

Dendam dan marah kepada kaum lain berada pada tahap puncak. 

Itulah yang terjadi pada peristiwa 13 Mei itu. Ia telah menjadi parut luka yang begitu lama untuk dirawat dan dipulihkan.

Kita bangkitkan nolstagia pedih ini kerana tidak mahu ia terjadi lagi. Tetapi cubaan untuk mencetuskan perbalahan antara kaum ini nampaknya boleh terjadi semula tanpa kita sedari. 

Banyak petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.

Apakah kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum?

Sebab itu bibit-bibit pergolakan yang menjurus mengapi-api dan menggasak perasaan kaum tertentu perlu dipantau oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. 

Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini. 

Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...