AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Sunday, January 23, 2011

KETUA GAMB MELAKA MELAWAT KARNIVAL JOM MASUK U DI MITC


 Pada 22/1/2011 Ds Farhan telah meluangkan masa melawat karnival Jom Masuk U di MITC bersama ketua pemuda cawangan Pengkalan Balak En. Akmal Manap. karnival Jom Masuk U ini amat sesuai diadakan  supaya pelajar di tingkatan 5 dapat info mengenai syarat kelayakkan universiti yang mereka ini mohon selepas SPM dan tidak ketinggalan juga pelajar yang mengambil STPM dan yang telah mempunyai Diploma untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


 Ibu bapa juga tidak melepaskan peluang menemani anak-anak mereka untuk mendengar sendiri mengenai syarat kemasukkan yang ingin di mohon oleh anak-anak mereka.


Pelajar yang masih bersekolah amat digalakkan untuk datang melihat sendiri masa depan mereka untuk memasuki universiti agar semangat belajar bertambah dan dapat meletakkan 1 target untuk universiti yang dipilih.


syarat-syarat umum yang dipaparkan memudahkan ibu bapa dan anak-anak membacanya sebelum pergi ke booth yang disediakan oleh setiap universiti yang ada di Malaysia daripada IPTA hingga ke IPTS.


UPSI antara menjadi tumpuan para ibu bapa dan pelajar yang menginginkan anak mereka menjadi guru. Semua universiti menyediakan browser bagi memudahkan pelajar mengambil dan membacanya di rumah mengenai syarat kelayakkan.

2 comments:

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...