AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Sunday, January 23, 2011

KETUA GAMB MELAKA MELAWAT ANAK MUDA MASJID TANAH YANG KEMALANGAN DI PPUM

 Pada 19/1/2011 Ketua GAMB Melaka Ds Farhan telah meluangkan masa melawat anak muda Masjid Tanah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di Sunpower Rembia Alor Gajah. Saudara Hafiz Hamzahari telah patah tulang belakang dan buat ketika ini beliau lumpuh dari paras dada hingga ke kaki. 


Ds berbual dengan rakan lama beliau bertanyakan jika mempunyai sebarang masalah dan bantuan yang diperlukan oleh Hafiz.


Hafiz menceritakan detik beliau kemalangan dan bagaimana kemalangan berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke Sunpower di Rembia. Beliau kemalangan sewatu hujan lebat pada pagi 25/12/2010.


Hafiz tidak dapat duduk tanpa bantuan dari orang lain dan beliau ceria apabila Ds meluangkan masa selama 1 jam lebih untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan beliau. semoga Hafiz Hamzahari cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan beliau seperti biasa. 

2 comments:

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...