AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Monday, May 2, 2011

KONSPIRASI AMERIKA SYARIKAT DAN KEMATIAN OSAMA LADEN

Serangan 11 September 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001.

Pada pagi hari itu, 19 pengganas al-Qaeda telah merampas empat pesawat komersil. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) terhempas ke dalam bangunan World Trade Center di bandaraya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping daripada mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Perampas-perampas al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke dalam bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington, D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih kembali pesawat mereka daripada pengganas. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat daripada keempat-empat pesawat ini.

Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2973 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu. Majoriti mangsa merupakan orang awam, termasuk rakyat asing dari 70 negara. Selain itu, sekurang-kurangny satu kematian akibat penyakit paru-paru disebut seorang pemeriksa perubatan sebagai akibat pendedahan kepada debu runtuhan World Trade Center.

Amerika Syarikat bertindak balas terhadap serangan ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan. Ia menyerang Afghanistan untuk menggulingkan Taliban, yang memberikan perlindungan kepada al-Qaeda. Ia turut mengambil kesempatan itu menyerang Iraq. A.S. juga menggubal Akta Patriot. Banyak negara lain turut berbuat sama dan memperkuat undang-undang anti-keganasan mereka.

Empat pesawat komersil telah dirampas dalam perjalanan ke California dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts; Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Washington, D.C., Virginia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di Newark, New Jersey. Keempat-empat pesawat ini mempunyai bahan bakar sebanyak 91,000 liter. Dua daripada pesawat itu telah diterbangkan ke dalam World Trade Center, di mana satu telah diterbangkan ke dalam Bangunan Utara, dan satu lagi ke dalam Bangunan Selatan. Pesawat ketiga telah diterbangkan ke dalam Pentagon, dan pesawat yang keempat telah terhempas di sebuah kawasan berhampiran dengan Shanksville di Pennsylvania.


  • Penerbangan 11 American Airlines, sebuah Boeing 767-200 berbadan lebar, telah terhempas ke dalam Bangunan Utara World Trade Center, pada pukul 8:46:30 pagi waktu tempatan, dan telah merempuh tingkat 94-98 bangunan itu.
  • Penerbangan 175 United Airlines, sebuah Boeing 767-200, telah merempuh tingkat 78-84 bangunan South Tower pada pukul 9:02:59 pagi waktu tempatan, sebuah peristiwa yang telah meliputi penyiar televisyen dan pefilem profesional di seluruh dunia.
  • Penerbangan 77 American Airlines, sebuah Boeing 757-200 telah terhempas ke dalam bangunan Pentagon pada pukul 9:37:46 waktu tempatan.
  • Penerbangan 93 United Airlines, sebuah Boeing 757-200, telah terhempas ke dalam sebuah padang di bahagian barat daya Pennsylvania hanya di luar Shanksville, yang terletak lebih kurang 240 km (150 batu) barat laut dari Washington, D.C., pada pukul 10:03:11 pagi waktu tempatan. Penghempasan pesawat ini adalah disebabkan oleh tindakan penumpang dan anak kapal pesawat itu yang telah cuba mengambil alih pesawat mereka daripada pengganas.

19 orang telah menaiki 4 buah pesawat untuk menyerang 4 lokasi penting di Amerika Syarikat. Ketuanya adalah Mohammed Atta dari Mesir. Selain itu Abdul Aziz Alomari, Walid Al-Shehri, Satam Al-Suqami, Hani Hanjour dan Ahmed al al-Ghamdi dan lain-lain. Yazid Sufaat dari Malaysia dikatakan turut terlibat dalam perancangan.

Dianggarkan seramai 2,995 nyawa terkorban (termasuk perampas kapal terbang) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. Malah, kadar kematian ini melebihi mereka yang terbunuh selepas serangan ke atas Pearl Harbor oleh tentera Jepun pada 7 Disember, 1941. 246 daripadanya berada dalam 4 kapal terbang (tiada yang terselamat), 2,605 dari New York City dalam menara dan sekitarnya, dan 125 di Pentagon. Semua kematian merupakan orang awam kecuali 55 angota tentera di Pentagon.
Serangan 9/11 telah mengubah secara mengejut dasar luar Amerika Syarikat. Selepas peristiwa tersebut Amerika Syarikat telah mempersalahkan al-Qaeda ke atas serangan-serangan ke atas New York dan Washington, D.C.

Sebagai tindakan balas, Amerika Syarikat melancarkan perang habis-habisan terhadap pengganas Islam di seluruh dunia. Gerakan ini dimulakan dengan serangan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan dengan alasan kerajaan Taliban memberikan perlindungan kepada al-Qaeda dan membenarkan wilayah Afghanistan digunakan sebagai markas latihan al-Qaeda serta sebagai tapak pelancaran serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat.

Presiden George Bush juga mengaitkan al-Qaeda dengan Iraq dan menggunakan kaitan ini untuk memberikan alasan untuknya menyerang Iraq dengan menggunakan, antara lainnya, alasan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein telah membantu kumpulan al-Qaeda, walaupun ini kemudiannya terbukti palsu.
Selain Menara Berkembar World Trade Center sendiri, banyak bangunan lain di sekitar turut musnah atau rosak, termasuk 7 World Trade Center, 6 World Trade Center, 5 World Trade Center, 4 World Trade Center, Marriott World Trade Center (3 WTC), dan kompleks World Financial Center.

Serangan ini memberikan kesan ekonomi besar terhadap pasaran Amerika Syarikat dan dunia. Bursa Saham New York (NYSE), American Stock Exchange (AMEX), dan NASDAQ tidak dibuka pada 11 September dan kekal tutup sehingga 17 September. Apabila pasaran saham dibuka semula, Indeks Perindustrian Dow Jones (DJIA) jatuh 684 mata, atau 7.1%, kepada 8921, rekod jatuhan satu hari.

Ribuan tan reruntuhan puing toksik akibat runtuhnya Menara Berkembar terdiri daripada lebih 2,500 bahan cemar, termasuk karsinogen yang dikenali. Ini telah membawa kepada sakit melemahkan di antara pekerja penyelamat dan pemulihan, yang didakwa ramai berkait langsung dengan pendedahan kepada debu reruntuhan.

Menurut laporan rasmi Suruhanjaya 9/11, sembilan belas lelaki yang merupakan ahli kumpulan al-Qaeda, telah merampas empat kapal terbang komersil di mana dua kapal terbang tersebut telah dihempas kepada dua menara di World Trade Center di Manhattan, bandaraya New York, lalu meruntuhkan kedua-dua menaranya. Kapal terbang ketiga pula terhempas di ibu pejabat Kementerian Pertahanan A.S. di Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan pusat pentadbiran Amerika Syarikat iaitu, Washington, D.C. Manakala kapal terbang yang keempat terhempas 'dengan selamatnya' di sebuah ladang berhampiran Shanksville, Pennsylvania.

Sesetengah orang menyoal versi rasmi pengeboman ini, motivasi di belakangnya, dan pihak yang terlibat, dan telah melakukan penyiasatan bebas. Kebanyakan teori alternatif melihat pengeboman ini sebagai casus belli melalui bendera palsu bagi membolehkan peningkatan penenteraan dan kuasa polis.

Para penyokong teori konspirasi 9/11 ini mengatakan ada individua di dalam Amerika Syarikat mempunyai maklumat terperinci mengenai serangan ini dan dengan sengaja memilih tidak berbuat apa-apa, atau bahawa ada individu di luar al-Qaeda merancang, melaksanakan, atau membantu dalam serangan ini. Sesetengah peneori juga mendakwa World Trade Center tidak runtuh akibat dilanggar pesawat tetapi kerana diletupkan dengan bahan letupan.

No comments:

Post a Comment

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...