AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Friday, January 6, 2012

ANALISIS 901


Analisis 901

i. Tiada sesiapa pun terkecuali dari ikatan undang-undang negara termasuk DSAI. Contoh keputusan mahkamah ke atas kes Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Harun Idris, Tan Sri Kasitah Ghadam, Datuk Seri Khir Toyo dan lain-lain.

ii. Kes ini adalah kes perbicaraan mahkamah antara dua individu (Saiful Bukhari Azlan lawan DSAI) dan tiada kaitan dengan Kerajaan dan rakyat. Oleh itu, ia tidak wajar dipolitikkan. 

iii. Tiada sebab DSAI menolak keputusan mahkamah kerana telah diberi masa dan peluang yang lebih dari cukup dan istimewa untuk membela diri. 

iv. Mana-mana pihak termasuk parti pembangkang tidak wajar bertindak menghasut rakyat bagi mempengaruhi keputusan mahkamah melalui apa jua tindakan termasuk demonstrasi.

v. Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara. Jika itu yang dituntut oleh penyokong-penyokong DSAI, maka negara dan sistem kenegaraannya akan hancur lebur. 

vi. DSAI telah memanfaatkan sistem kehakiman yang sama untuk menuntut keadilan dan pernah memenangi beberapa kes. Oleh itu kenapa sistem yang sama itu dipersoalkan? Contoh: ‘DSAI pernah menang RM6 juta dalam kes buku 50 dalil kenapa Anwar tidak layak jadi PM’. 

vii. Rakyat tidak seharusnya diheret ke dalam kancah kes peribadi DSAI. Sesiapa sahaja perlu menghadapi kes masing-masing dan menerima hukuman seadanya.

viii. Tindakan DSAI berarak ke seluruh negara membela diri sebelum keputusan mahkamah adalah tindakan yang zalim terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara. Ini adalah agenda politik peribadi DSAI. 

ix. Gerakan membebaskan DSAI adalah agenda politik dan bukan bertujuan mencari keadilan. Ini kerana sekiranya beliau didapati bersalah maka beliau boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan. Ini menunjukkan sistem kehakiman negara adalah adil dan tidak zalim. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat menghormati sistem ini. 

x. Perhimpunan haram ini boleh mengakibatkan ketenteraman awam terancam, menyusahkan urusan harian rakyat dan mencemarkan imej negara di mata dunia. Keadaan ini juga akan memberi kesan langsung kepada sosio-ekonomi negara dan akhirnya rakyat yang menanggung beban.

xi. Rakyat seharusnya lebih matang untuk berhadapan dengan kes-kes seperti ini dan jangan sekali- kali memperjudikan kedaulatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat yang telah dikecapi sekian lama hanya kerana kes mahkamah yang melibatkan seseorang individu.


No comments:

Post a Comment

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...