AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Tuesday, April 12, 2011

BANGGA MENJADI MELAYU

PADA 12/4/2011 DS FARHAN TELAH MENGHADIRI 1 MAJLIS PENGKISAHAN DAN PAMERAN KHAZANAH MARITIM MELAYU MELAKA ABAD KE-16 YANG BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN UPSI. PROGRAM TERSEBUT TELAH MEMBAWA SEORANG YANG BERPAKAIAN MELAYU SEJATI SEPERTI ZAMAN KESULTANAN MELAKA IAITU EN. ZAINAL JOHAN. BELIAU MERUPAKAN WARIS BENDAHARA KESULTANAN MELAKA. BANYAK YANG TELAH BELIAU DEDAHKAN MENGENAI KESULTANAN MELAYU DAN MERUNGKAI KEWUJUDAN HANG TUAH DAN BUKTI-BUKTI YANG TELAH DIBAWA BERSAMA.
DS FARHAN SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA EN. ZAINAL JOHAN SELEPAS PROGRAM DAN DS FARHAN TELAH BERTANYAKAN BEBERAPA SOALAN YANG MERAGUKAN MENGENAI KEWUJUDAN HANG TUAH.
DS FARHAN DAPAT MEMEGANG SENDIRI SENJATA ORANG MELAKA PADA ZAMAN DAHULU YANG DI PANGGIL CIPAN. WALAUPUN MEMPUNYAI PENUNGGU SENDIRI NAMUN JIKA SEMANGAT KUAT KITA TIDAK AKAN DIRASUK. SENJATA INI SEPERTI KAPAK DAN DIBELAKANG KAPAK ITU BERBENTUK SEPERTI 2 LEKUK TAJAM UNTUK MEMBUTAKAN MUSUH MELAKA SEWAKTU BERPERANG. CIPAN INI MAMPU MEMECAHKAN TENGKORAK MUSUH MELAKA.
DS FARHAN BERPELUANG MEMEGANG KERIS TEMPA MELAKA MILIK HANG TUAH DAN GAMBAR INI ADALAH ADAB KERIS. KERIS INI MEMPUNYAI PENJAGA TERSENDIRI IAITU JIN ISLAM. 
DS FARHAN JUGA SEMPAT MENGUCUP KERIS TEMPA MELAKA INI DAN DAPAT MELIHAT SENDIRI KEHALUSAN KERIS INI. WALAUPUN SUDAH BERUSIA LEBIH 500 TAHUN KERIS INI MASIH LAGI TAJAM KERANA DIPERBUAT DARIPADA 21 JENIS LOGAM.
 ANAK MELAYU HARUS BERASA BANGGA DENGAN KEWUJUDAN HANG TUAH KERANA HANG TUAH BUKANLAH MITOS ATAU LAGENDA TETAPI HANG TUAH WUJUD DALAM SEJARAH MELAYU.

DS FARHAN JUGA DAPAT MEMEGANG KERIS PATIH GAJAH MADA YANG TELAH DICURI HANG TUAH SEWAKTU PERGI MAJAPAHIT. KERIS INI MEMPUNYAI PENUNGGU IAITU JIN HINDU. 
KERIS PATIH GAJAH MADA INI DIBUAT DARIPADA 26 JENIS LOGAM. HULU KERIS INI BERBENTUK GAJAH DAN GADINGNYA BERSAMBUNG ITULAH MAKSUD GAJAH MADA. 
DS JUGA SEMPAT MEMEGANG CAWAN PUTERI HANG LIPO. DALAM CAWAN INI MEMPUNYAI GAMBAR PUTERI HANG LIPO YANG SEBENAR. KERAJAAN CHINA SANGGUP MEMBELI CAWAN INI DENGAN HARGA RATUSAN RIBU RINGGIT NAMUN TIDAK DIJUAL DAN CAWAN INI HANYA ADA 1 SAHAJA DI MALAYSIA.
GAMBAR DI DALAM CAWAN IAITU PUTERI HANG LIPO. INI MENUNJUKKAN KEBENARAN BAHAWA PUTERI HANG LIPO WUJUD DAN BUKANNYA MITOS SEMATA-MATA. 
CAWAN PUTERI HANG LIPO YANG DAPAT DIPEGANG SENDIRI OLEH DS FARHAN.





4 comments:

  1. saya pernah lihat semua macam ni.tidak silap saya dalam website keriswarisan.com banyak jual barang sebijik macam ni.

    saya tidak yakin ini keris melaka

    ReplyDelete
  2. Betul ke cawan puteri hang li po tu ada sbiji je kt malaysia ni?sebab kt rumah saya ada banyak, 12 biji smuanya...

    ReplyDelete
  3. Kamu bekas pelajar Sultan Alauddin kan ?

    ReplyDelete
  4. Cawan tu ada ada satu set skali pinggan dan teko skali dekat rumah. Masih elok. Tapi musykil ke aslian nya.

    ReplyDelete

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...