AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Tuesday, May 31, 2011

Parlimen Belia wadah suarakan pendapat, pandangan

BUAT pertama kalinya dalam sejarah, negara ini akan ada Parlimen Belia. Ini bermakna suara golongan berkenaan dapat didengar terus oleh kerajaan.

Dan ini juga bermakna, pandangan-pandangan golongan yang terkenal dengan ketinggian semangat serta mempunyai pelbagai idea ini akan didengar, dibincangkan dan seterusnya dipertimbangkan kerajaan.

Penubuhan Parlimen belia ini sekali gus dikatakan mengisi 'tiga permintaan asas belia', selama ini - iaitu golongan itu mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf, dan isu-isu belia ditangani dengan cara yang berorientasikan mereka.

Walaupun tidak dapat dilaksanakan dengan segera, tetapi sudah pasti inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya itu memberi lembaran baru kepada golongan ini.

Pendekatan ini, memberi peluang kepada mereka memilih wakil mereka untuk membahas usul serta mencadangkan kepada kerajaan.

Ini kerana ketika ini, mereka tidak mempunyai saluran khas untuk mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai sesuatu isu kepada kerajaan.

Mereka meluahkan semuanya, sama ada komen-komen yang baik atau tidak, dalam media baru seperti blog, portal berita dan laman sosial seperti Facebook,Twitter, Myspace dan lain-lain.

Bukan itu saja, kecenderungan mereka untuk mendapat maklumat yang tepat mengenai dasar-dasar kerajaan juga adalah rendah kerana adanya pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan memutar belit apa sahaja langkah dan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam sesuatu isu.

Justeru, Parlimen Belia bukan sekadar dilihat dapat melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda, banyak perkara-perkara berbangkit lain dapat ditangani dengan penubuhan parlimen ini.

Suara-suara mereka akan didengar di tempat yang mulia iaitu Parlimen, bukan di tepi-tepi jalan dengan menyertai demonstrasi atau rusuhan.

Oleh itu, untuk merealisasikan penubuhan Parlimen Belia ini, konsep, komposisi keahliannya, umur dan cara pemilihannya perlu dilakukan secara telus dan menarik penglibatan menyeluruh daripada belia.

Ini untuk menjamin, semua kelompok belia di negara ini mempunyai wakil dalam Parlimen itu kelak.

Wednesday, May 25, 2011

Ambil iktibar sejarah untuk perkukuhkan perpaduan antara kaum



GENAP 41 tahun, pada tarikh hari ini -13 Mei 1969 tercatat sejarah hitam hubungan kaum negara ini. Peristiwa perbalahan antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Akibat perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir. 

Kalau diceritakan kepada generasi muda sekarang, barangkali peristiwa hitam itu tidak memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah semata-mata.

Tetapi elok kita peringatkan pemimpin kaum dan generasi muda sekarang tentang iktibar yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk ini.

Mungkin elok difikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum.
Tujuannya bukan hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi elok diadakan supaya dapat mengelak peristiwa yang sama berulang.

Semua rakyat majmuk negara ini harus sedar, tidak ada manfaat dan keuntungan kepada mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini.

Tidak ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Untuk mendapatkan bekalan makanan pun susah. Aktiviti harian tergugat. 

Yang bermain di dalam minda ketika itu ialah keselamatan diri dan keluarga. Dalam keadaan tegang begini, tahap keyakinan antara kaum amat rendah. Tidak siapa boleh dipercayai. 

Dendam dan marah kepada kaum lain berada pada tahap puncak. 

Itulah yang terjadi pada peristiwa 13 Mei itu. Ia telah menjadi parut luka yang begitu lama untuk dirawat dan dipulihkan.

Kita bangkitkan nolstagia pedih ini kerana tidak mahu ia terjadi lagi. Tetapi cubaan untuk mencetuskan perbalahan antara kaum ini nampaknya boleh terjadi semula tanpa kita sedari. 

Banyak petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.

Apakah kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum?

Sebab itu bibit-bibit pergolakan yang menjurus mengapi-api dan menggasak perasaan kaum tertentu perlu dipantau oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. 

Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini. 

Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.

Monday, May 2, 2011

Hukum Dan Adab Bersumpah Dalam Islam


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: 

رَأَى عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَجُلاً يَسْرِقُ فَقَالَ لَهُ: أَسَرَقْتَ! قَالَ: كَلاَّ! وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ! فَقَالَ عِيسَى: آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَذَّبْتُ عَيْنِي.
(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: “Apakah kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku.” (1)
Demikianlah besarnya kedudukan sumpah di dalam Islam sehingga ia diunggulkan atas mata yang melihat. Berdasarkan hadis ini juga, jika bertembung antara sumpah dengan sesuatu yang lain, maka yang diunggulkan ialah sumpah.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…).


Namun, tentu sahaja sebelum sesuatu sumpah itu dapat memiliki authority seumpama di atas, orang yang bersumpah dan orang yang mendengar sumpah perlu mengetahui hukum dan adab-adab bersumpah di dalam Islam. Jika tidak, dibimbangi sumpah akan menjadi alat mainan sehingga ia hilang authority yang sepatutnya ia miliki. Oleh itu marilah kita mengkaji dan mendalami “sumpah” di dalam Islam.
 
Erti Sumpah.
Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان) yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada dasarnya ia bererti tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka. Juga, apabila mereka saling bersumpah, masing-masing memukul tangan kanannya dengan tangan kanan orang yang bersumpah. Adapun dari sudut istilah, ia bererti menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus.
 
Syarat Sumpah.
Agar sumpah menjadi sah (valid) dan berauthority sebagaimana hadis di atas, ia perlu terlebih dahulu menepati satu syarat, iaitu ia disumpah atas nama Allah, salah satu dari nama-nama Allah atau salah satu dari sifat-sifat Allah. Berikut diperincikan syarat ini:
  • Sumpah dengan nama Allah.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ أَوْ لِيَصْمُتْ.
Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah.
Maka orang yang ingin bersumpah hendaklah menyebut “Wallahi”,Billahi” atau “Tallahi” yang semuanya bermaksud “Demi Allah”.
  • Sumpah dengan salah satu dari nama-nama Allah.
Berdasarkan hadis di atas juga, boleh bersumpah dengan salah satu nama Allah seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Khalik dan sebagainya. Seumpama: “Demi al-Rahman, aku tidak pernah melakukan hal itu”.
  • Sumpah dengan salah satu sifat Allah.
Sumpah sebegini pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, umpama:
أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الَّذِي لاَ يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالإِنْسُ يَمُوتُونَ.
Aku berlindung dengan Kemuliaan Kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan Kamu yang tidak mati manakala jin dan manusia akan mati.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: كَانَتْ يَمِينُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ.
Daripada Ibn ‘Umar (radhiallahu 'anhuma), dia berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersumpah dengan berkata: “Tidak! Demi yang membolak-balikkan hati.”
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلاَ نَصْرَانِيٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ.
Demi yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang jua dari umat ini yang mendengar tentang aku, baik Yahudi mahupun Nasrani, kemudian dia mati tanpa beriman kepada apa yang aku diutus dengannya (Islam) melainkan dia menjadi dari kalangan ahli neraka.
Jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifat Allah, sumpahnya bukan sahaja tidak sah tetapi dia telah menyekutukan Allah. Ini adalah dosa syirik yang tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala jika orang itu tidak bertaubat. Hadis berikut menjadi rujukan:
سَمِعَ ابْنُ عُمَرَ رَجُلاً يَحْلِفُ: لاَ وَالْكَعْبَةِ! فَقَالَ لَهُ ابْنُ عُمَرَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ.
Ibn ‘Umar (radhiallahu 'anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak, demi Ka’bah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.”
Sumpah dengan selain Allah bukan sahaja tidak sah dan syirik, orang yang melakukannya perlu segera mengucapkan syahadah, mempersaksikan bahawa “Tiada Tuhan Melainkan Allah”: 
مَنْ حَلَفَ مِنْكُمْ فَقَالَ فِي حَلِفِهِ: بِاللاَّتِ, فَلْيَقُلْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَمَنْ قَالَ لِصَاحِبِهِ: تَعَالَ أُقَامِرْكَ فَلْيَتَصَدَّقْ.

Sesiapa di antara kalian bersumpah lalu berkata dalam sumpahnya itu: “Demi Latta!”, maka hendaklah dia mengucapkan La ilaha illallah. Dan sesiapa yang berkata kepada temannya: “Ayuh, aku ingin bertaruh dengan kamu”, maka hendaklah dia bersedekah.
Mengapakah sumpah dengan selain Allah boleh melibatkan syirik? ‘Abd Allah al-Bassam hafizhahullah menjawab persoalan ini:

al-Yamin ialah sumpah dengan kata-kata khusus bagi menguatkan sesuatu yang disumpah, iaitu dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. Orang yang bersumpah apabila ingin menguatkan sesuatu, baik dalam rangka menafikan atau menetapkan, maka dia perlu menguatkannya dengan sumpah yang disandarkan kepada yang mulia, yakni dengan mengucapkan sesuatu mulia yang dia miliki.
Sejak dahulu lagi, manusia menyakini bahawa sesuatu yang dijadikan sandaran sumpah akan menguasai orang yang bersumpah, di mana ia dapat memberikan manfaat atau mudarat berdasarkan sebab-sebab rasional dan tidak rasional. Apabila orang yang bersumpah menepati apa yang dia sumpahkan, maka (diyakini) yang dijadikan sandaran sumpah tersebut telah rela dan mengabulkan sumpahnya. Apabila (yang dijadikan sandaran sumpah) tidak rela, maka ia akan menimpakan bahaya kepadanya.

Atas dasar inilah, sumpah atas nama selain Allah Subhanahu wa Ta'ala atau atas nama selain sifat Allah dikatakan sebagai perbuatan syirik (kerana menyakini manfaat dan mudarat datang dari apa yang dijadikan sandaran sumpah dan bukan datang dari Allah).
Selain larangan bersumpah dengan selain Allah, seseorang itu juga diperingatkan agar jangan berdusta dalam sumpah, sekalipun terhadap perkara yang amat kecil. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مَنْ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ. فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ.
“Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”
Lalu seorang (yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “(Ya), sekalipun sebatang kayu arak (yang digunakan untuk bersiwak).”
Mengingatkan besarnya ancaman bagi orang yang berdusta dalam sumpahnya, maka Islam menganjurkan sikap “cegah sebelum parah”, yakni jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang itu dan ini tanpa sebarang keperluan untuk bersumpah. Kebiasan bersumpah akan menyebabkan orang itu merasa tidak mengapa untuk berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Justeru Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَلاَ تُطِعْ كُلَّ حَلاَّفٍ مَهِينٍ .
Dan janganlah kamu menurut orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina.[al-Qalam 68:10]
 
Beberapa Persoalan Berkaitan Sumpah.
  • Sah atau tidak sumpah dengan lafaz yang tidak jelas?
Para ilmuan berbeza pendapat tentang orang yang bersumpah dengan lafaz yang tidak jelas, umpama “Demi janji Allah…” atau orang yang hanya menyebut “Aku bersumpah…” tanpa menyandarkannya kepada Allah. Perbezaan ini membuahkan tiga pendapat:
1.Sumpah tersebut adalah sah (valid).
2.Sumpah tersebut tidak sah (invalid).
3.Sumpah tersebut sah jika penyumpah meniatkannya sebagai satu sumpah, tidak sah jika penyumpah
tidak meniatkannya sebagai satu sumpah.
Di antara tiga pendapat ini, yang terbaik ialah meminta penyumpah melafazkan semula sumpahnya dengan lafaz yang pasti, umpama “Demi Allah aku bersumpah tidak melakukan hal ini”. Jika dia enggan, maka sumpahnya dianggap tidak sah kerana memiliki unsur keraguan di dalamnya.
 
  • Sah atau tidak sumpah dengan ucapan insya-Allah?
Sumpah ini tidak sah berdasarkan hadis berikut:
مَنْ حَلَفَ فَاسْتَثْنَى فَإِنْ شَاءَ رَجَعَ وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ غَيْرَ حِنْثٍ.
Sesiapa yang bersumpah lalu dia membuat pengecualian (dengan menyebut insya-Allah), maka jika dia menghendaki dia boleh menarik balik (sumpahnya itu) dan jika dia menghendaki dia boleh mengabaikan (sumpahnya itu) kerana ia bukanlah satu pelanggaran sumpah.
 
  • Bolehkah bersumpah dengan al-Qur’an?
Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjawab persoalan ini:
al-Qur’an ialah perkataan Allah (kalamullah) dan ia bukan ciptaan (Allah). Perkataan Allah yang suci itu merupakan satu sifat dari sifat-sifat-Nya. Oleh kerana itu jumhur ilmuan, kecuali Abu Hanifah, berpendapat boleh bersumpah dengan al-Qur’an dan sumpah itu menjadi sah… Sementara itu tokoh Mazhab Hanafi yang mutakhir seperti Ibn al-Hamam dan al-Aini menguatkan pendapat jumhur membolehkan sumpah dengan al-Qur’an. (Demikian kenyataan Wahbah al-Zuhaili dalam) al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, jld. 3, ms. 379.
Sesiapa yang bersumpah dengan mushaf al-Qur’an sementara yang dia maksudkan ialah perkataan Allah yang tertulis dalam mushaf itu, maka ia dibolehkan. Namun jika yang dia maksudkan ialah lembaran kertas yang tertulis (atasnya ayat al-Qur’an), maka ia tidak dibolehkan. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.
 Saya (Hafiz Firdaus) menambah, dalam suasana kebanyakan umat Islam masa kini yang tidak faham tentang sifat Kalamullah dan kaitannya dengan al-Qur’an, serta tidak tahu membezakan antara Kalamullah dan tulisan di atas al-Qur’an, maka adalah lebih selamat mereka tidak bersumpah dengan menggunakan al-Qur’an.
 
  • Apakah hukum orang yang melanggar sumpahnya?
Orang yang bersumpah dengan menepati syarat sahnya lalu dia melanggar sumpah itu, maka diwajibkan kafarat sumpah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
لاَ يُؤَاخِذُكُمْ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمْ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dalam keadaan bersungguh-sungguh. Maka kafaratnya ialah:
  1. Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
  2. Atau memberi pakaian untuk mereka,
  3. Atau memerdekakan seorang hamba.
  4. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:89]
Bagi sumpah yang berganda, maka ia diperincikan sebagai berikut:
  1. Orang yang melafazkan sumpah beberapa kali untuk satu perkara yang sama lalu dia melanggarnya, maka kafaratnya hanya sekali.
  2. Orang yang melafazkan satu sumpah untuk beberapa perkara dengan satu lafaz, maka satu kafarat bagi setiap perkara yang dilanggarnya.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis pelanggaran sumpah yang tidak diwajibkan kafarat, iaitu:
  1. Sumpah dusta (al-Yamin al-Ghamus). Sumpah ini hukum asalnya memang tidak sah kerana ia adalah dusta. Disebabkan ia sejak awal adalah tidak sah, maka pelanggarannya tidak mewajibkan kafarat. Akan tetapi orang yang melakukan sumpah dusta tersebut diwajibkan bertaubat dan menyatakan apa yang benar di sebalik pendustaannya itu.
  2. Percakapan biasa yang tidak dimaksudkan sebagai sumpah (al-Yamin al-Laghw). Terhadap ayat 89 surah al-Maidah di atas, ‘Abd Allah al-Bassam hafizhahullah menulis: “Aisyah radhiallahu 'anha menafsirkan sumpah yang tidak dimaksudkan adalah perkataan yang sering diucapkan oleh lisan manusia saat mereka berbicara, iaitu ucapan mereka sendiri seperti La wallahi dan Bala billah. Ia adalah ungkapan yang sering diucapkan oleh lisan tetapi tidak diniatkan oleh hati sebagai sumpah. Penafsiran sebegini dikemukakan oleh tiga imam mazhab.”
  3. Orang yang melanggar sumpahnya kerana terlupa, keliru atau dipaksa. Ini berdasarkan keumuman hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ.
Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku kesilapan, kekeliruan dan apa yang dipaksa ke atasnya.
Orang yang telah bersumpah untuk sesuatu yang akan datang, lalu kemudian dia mendapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia sumpahkan, maka tidaklah bersalah untuk dia melanggar sumpahnya yang awal, asalkan dia membayar kafarat. Dalilnya ialah hadis berikut:
وَإِذَا حَلَفْتَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَكَفِّرْ عَنْ يَمِينِكَ وَأْتِ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ.
Apabila kamu bersumpah dengan sesuatu sumpah, lalu kamu melihat sesuatu lain yang lebih baik dari apa yang telah kamu sumpah, maka bayarlah kafarat dari sumpah kamu (yang awal itu) dan ambillah yang lebih baik itu.
 
  • Bagaimana menangani pendapat yang membolehkan sumpah dengan selain Allah?
Diketahui terdapat sebahagian pihak yang membolehkan sumpah dengan selain Allah. Mereka berhujah dengan beberapa sumpah Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam al-Qur’an, di mana Allah bersumpah dengan menyandar kepada ciptaan-ciptaan-Nya. Antara ayat al-Qur’an yang dimaksudkan:
وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ.
Demi langit dan (bintang) al-Thariq! [al-Thariq 86:01]
وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2).
Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh! [al-Fajr 89:01-02]
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا.
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari! [al-Syams 91:01]
Penghujahan di atas dapat ditolak dengan penjelasan:
  1. Sumpah-sumpah seperti di atas mengandungi sandaran sumpah yang tersembunyi, iaitu Pencipta bagi ciptaan-ciptaan tersebut, yakni Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga yang dimaksudkan dalam sumpah-sumpah tersebut ialah “Demi Pencipta langit dan bintang al-Thariq”, “Demi Pencipta waktu fajar dan malam yang sepuluh” dan “Demi Pencipta matahari dan cahayanya di pagi hari”.
  2. Sumpahan Allah dengan menyandar kepada ciptaan-ciptaan-Nya memiliki tujuan menunjukkan kekuasaan dan keagungan-Nya dalam mencipta perkara-perkara tersebut. Justeru apabila Allah bersumpah “Demi matahari…”, ia bagi menunjukkan kepada manusia kekuasaan dan keagungan-Nya dalam mencipta matahari.
Berdasarkan dua penjelasan di atas, dapat diketahui bahawa sumpah seumpama ayat-ayat al-Qur’an di atas hanya layak bagi Allah, justeru menjadi hak-Nya sahaja. Kita sebagai manusia tidak layak meniru tatacara sumpah sedemikian.
Selain itu pihak yang membolehkan sumpah dengan selain Allah menggunakan hadis berikut sebagai dalil:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا؟ فَقَالَ: أَمَا وَأَبِيكَ لَتُنَبَّأَنَّهُ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْبَقَاءَ وَلاَ تُمْهِلَ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلاَنٍ كَذَا وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنٍ.
Daripada Abu Hurairah (radhiallahu 'anh) dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling tinggi anjarannya?”
Rasulullah menjawab: “Demi ayah kamu! Tentu aku akan menjelaskannya. Iaitu sedekah ketika kamu sihat tetapi kedekut kerana bimbang kefakiran dan berharap agar harta itu kekal bersamamu. Janganlah menunda sedekah sehingga ke saat nyawa kamu hampir ditarik, lalu pada saat itu kamu berkata: “Untuk si-fulan harta ini, untuk si-fulan harta itu” padahal pada saat itu harta tersebut memang sudah menjadi hak orang-orang itu.”
Pendalilan dengan hadis di atas dijawab, bahawa perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “Demi ayah kamu!” bukanlah satu sumpah tetapi sekadar ungkapan yang lazim di sisi masyarakat Arab (al-Yamin al-Laghw). al-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
(Rasulullah) bersumpah dengan ayah (sahabat itu) padahal (baginda) melarang bersumpah dengan selain Allah. Maka berkenaan sumpah dengan sandaran ayah ini, dijelaskan bahawa sumpah yang dilarang dengan selain Allah adalah apabila ia memang dimaksudkan (sebagai sumpah). Adapun lafaz sumpah dalam hadis ini, ia merupakan kebiasaan di atas lisan orang-orang Arab tanpa (mereka) memaksudkannya (sebagai sumpah). Maka ia tidak termasuk dalam kategori sumpah yang dilarang oleh baginda.
 
  • Dalam kes jenayah, bolehkah yang tertuduh bersumpah sebelum diminta oleh hakim?
Terdapat dua hadis yang menjadi rujukan bagi persoalan ini:
يَمِينُكَ عَلَى مَا يُصَدِّقُكَ عَلَيْهِ صَاحِبُكَ.
Sumpah kamu wajib berada di atas apa yang diminta oleh lawan kamu (yang membuat tuduhan).
الْيَمِينُ عَلَى نِيَّةِ الْمُسْتَحْلِفِ.
Sumpah bergantung kepada niat orang yang meminta sumpah.
Berdasarkan dua hadis di atas, para ilmuan terbahagi kepada dua pendapat:
  1. Orang yang tertuduh hendaklah menunggu hingga hakim meminta dia bersumpah bagi membersihkan tuduhan ke atas dirinya.
  2. Asalkan ada tuduhan, orang yang tertuduh boleh bersumpah bagi membersihkan dirinya. Dengan syarat ia diminta atau dicadangkan oleh orang yang memiliki kedudukan di sisi masyarakat atau negara, baik orang itu ialah seorang hakim atau selainnya.
Pada analisa saya, yang lebih kuat ialah pendapat yang kedua. Penjelasannya adalah seperti apa yang dikatakan oleh Muhammad bin Ismail al-Shan‘ani rahimahullah:
Kesimpulannya, sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah dalam semua perkara kecuali apabila diminta bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Maka dalam kes ini sumpah hendaklah sesuai dengan maksud orang yang meminta dia bersumpah (yakni hakim atau wakilnya). Inilah maksud hadis di atas.
Adapun apabila dia bersumpah tanpa diminta untuk bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapnya, maka sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah.
… Saya (al-Shan‘ani) berkata, tidak diketahui dari mana datangnya pembatasan (terhadap keumuman) hadis di atas kepada hakim atau wakilnya sahaja (dalam persoalan permintaan sumpah). Padahal zahir hadis menunjukkan apabila sumpah itu diminta oleh orang yang memiliki hak (yakni kedudukan dalam masyarakat atau negara), maka niat sumpah itu sesuai dengan niat orang yang memintanya (dan ini berlaku secara) mutlak.
 
  • Apakah maksud sumpah Mubahalah?
Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ.
Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61]
Perkataan Mubahalah (مباهلة) berasal daripada kata bahlah atau buhlah (بهلة) yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran.
Merujuk kepada ayat di atas, diriwayatkan bahawa pada satu ketika datang delegasi Nasrani dari Najran untuk berdialog dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di Kota Madinah dalam subjek perbandingan agama antara Kristian dan Islam. Setelah disampaikan segala hujah yang benar yang tidak mampu dijawab oleh delegasi Nasrani, mereka tetap enggan mengakui kebenaran Islam, apatah lagi memeluknya. Keengganan delegasi Nasrani ini menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan ayat 61 surah ‘Ali Imran di atas.
Berdasarkan ayat ini, apabila terdapat dua pihak yang bertikai dengan saling menuduh sementara masing-masing pihak telah mengemukakan hujah masing-masing, maka alternatif terakhir bagi menyelesaikan pertikaian ialah melakukan sumpah mubahalah. Melalui sumpah mubahalah masing-masing pihak membawa ahli keluarga terdekat masing-masing dan bersumpah seandainya pihak yang menuduh berdusta, laknat Allah akan tertimpa ke atas ahli keluarganya.
Kehadiran ahli keluarga terdekat memiliki pengaruh yang amat mendalam sehingga orang yang berdusta dalam membuat tuduhan akan menarik balik tuduhannya itu. Ini kerana dia tidak mahu kesalahan dirinya sendiri memberi kesan buruk kepada ahli keluarga tersayangnya, yang pada asalnya memang tidak bersalah langsung.
Dengan merujuk kepada hadis-hadis yang mengkhabarkan peristiwa mubahalah yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dapat dirumuskan beberapa syarat sumpah mubahalah:
  1. Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian.
  2. Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat.
  3. Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan.
  4. Masing-masing pihak bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya.” Pihak kedua pula bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya.”
Lazimnya apabila masing-masing pihak hadir bersama ahli keluarga terdekat secara berhadapan, sumpah mubahalah tidak akan berlaku. Pihak yang membuat tuduhan palsu akan menarik diri. Bahkan dia mungkin tidak akan hadir atau tidak akan membawa ahli keluarganya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada delegasi Najran itu sendiri. Hadis berikut menjadi rujukan:
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: جَاءَ الْعَاقِبُ وَالسَّيِّدُ صَاحِبَا نَجْرَانَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ. قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ لاَ تَفْعَلْ فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا, قَالاَ إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلاً أَمِينًا وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلاَّ أَمِينًا. فَقَالَ: لأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلاً أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ. فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ. فَلَمَّا قَامَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ.
Daripada Huzaifah (radhiallahu 'anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk saling melaknat (Mubahalah).
(Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”
Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.”
Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.”

Bibliografi
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…).

‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 7, ms. 105.

Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim – Shahih Fiqh al-Sunnah wa Adillatuh wa Taudhih Mazahib al-Aimmah (Maktabah al-Taufiqiyyah, Kaherah), jld. 2, ms. 285.

Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jild. 7, ms. 105.
               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2679 (Kitab al-Syahadat, Bab bagaimana cara bersumpah).

Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 288.
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 7383.
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6628.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 153.
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albbani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3251.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1647.

Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jild. 7, ms. 108.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 137.
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3262.

Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 289-290.
Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 314-315.

Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jild. 7, ms. 117.
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1675.
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6622.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1032-2.
             
al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar al-Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut), jld. 4, ms. 359.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1653.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1653-2.
       
Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 2, ms. 423.
            
Quraish Shihab – Tafsir al-Mishbah (Lentera Hati, Djuanda), jld. 2, ms. 105.
            
Najran terletak di Yaman, kira-kira 240km di utara bandar San’a. [Syed Anwar Ali – Qur’an: The Fundamental Law of Human Life (Hamdard Foundation, Karachi 1987), jld. 4, ms. 172].
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 4380.

SUMBER - hafizfirdaus.com

KONSPIRASI AMERIKA SYARIKAT DAN KEMATIAN OSAMA LADEN

Serangan 11 September 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001.

Pada pagi hari itu, 19 pengganas al-Qaeda telah merampas empat pesawat komersil. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) terhempas ke dalam bangunan World Trade Center di bandaraya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping daripada mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Perampas-perampas al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke dalam bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington, D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih kembali pesawat mereka daripada pengganas. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat daripada keempat-empat pesawat ini.

Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2973 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu. Majoriti mangsa merupakan orang awam, termasuk rakyat asing dari 70 negara. Selain itu, sekurang-kurangny satu kematian akibat penyakit paru-paru disebut seorang pemeriksa perubatan sebagai akibat pendedahan kepada debu runtuhan World Trade Center.

Amerika Syarikat bertindak balas terhadap serangan ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan. Ia menyerang Afghanistan untuk menggulingkan Taliban, yang memberikan perlindungan kepada al-Qaeda. Ia turut mengambil kesempatan itu menyerang Iraq. A.S. juga menggubal Akta Patriot. Banyak negara lain turut berbuat sama dan memperkuat undang-undang anti-keganasan mereka.

Empat pesawat komersil telah dirampas dalam perjalanan ke California dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts; Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Washington, D.C., Virginia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di Newark, New Jersey. Keempat-empat pesawat ini mempunyai bahan bakar sebanyak 91,000 liter. Dua daripada pesawat itu telah diterbangkan ke dalam World Trade Center, di mana satu telah diterbangkan ke dalam Bangunan Utara, dan satu lagi ke dalam Bangunan Selatan. Pesawat ketiga telah diterbangkan ke dalam Pentagon, dan pesawat yang keempat telah terhempas di sebuah kawasan berhampiran dengan Shanksville di Pennsylvania.


  • Penerbangan 11 American Airlines, sebuah Boeing 767-200 berbadan lebar, telah terhempas ke dalam Bangunan Utara World Trade Center, pada pukul 8:46:30 pagi waktu tempatan, dan telah merempuh tingkat 94-98 bangunan itu.
  • Penerbangan 175 United Airlines, sebuah Boeing 767-200, telah merempuh tingkat 78-84 bangunan South Tower pada pukul 9:02:59 pagi waktu tempatan, sebuah peristiwa yang telah meliputi penyiar televisyen dan pefilem profesional di seluruh dunia.
  • Penerbangan 77 American Airlines, sebuah Boeing 757-200 telah terhempas ke dalam bangunan Pentagon pada pukul 9:37:46 waktu tempatan.
  • Penerbangan 93 United Airlines, sebuah Boeing 757-200, telah terhempas ke dalam sebuah padang di bahagian barat daya Pennsylvania hanya di luar Shanksville, yang terletak lebih kurang 240 km (150 batu) barat laut dari Washington, D.C., pada pukul 10:03:11 pagi waktu tempatan. Penghempasan pesawat ini adalah disebabkan oleh tindakan penumpang dan anak kapal pesawat itu yang telah cuba mengambil alih pesawat mereka daripada pengganas.

19 orang telah menaiki 4 buah pesawat untuk menyerang 4 lokasi penting di Amerika Syarikat. Ketuanya adalah Mohammed Atta dari Mesir. Selain itu Abdul Aziz Alomari, Walid Al-Shehri, Satam Al-Suqami, Hani Hanjour dan Ahmed al al-Ghamdi dan lain-lain. Yazid Sufaat dari Malaysia dikatakan turut terlibat dalam perancangan.

Dianggarkan seramai 2,995 nyawa terkorban (termasuk perampas kapal terbang) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. Malah, kadar kematian ini melebihi mereka yang terbunuh selepas serangan ke atas Pearl Harbor oleh tentera Jepun pada 7 Disember, 1941. 246 daripadanya berada dalam 4 kapal terbang (tiada yang terselamat), 2,605 dari New York City dalam menara dan sekitarnya, dan 125 di Pentagon. Semua kematian merupakan orang awam kecuali 55 angota tentera di Pentagon.
Serangan 9/11 telah mengubah secara mengejut dasar luar Amerika Syarikat. Selepas peristiwa tersebut Amerika Syarikat telah mempersalahkan al-Qaeda ke atas serangan-serangan ke atas New York dan Washington, D.C.

Sebagai tindakan balas, Amerika Syarikat melancarkan perang habis-habisan terhadap pengganas Islam di seluruh dunia. Gerakan ini dimulakan dengan serangan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan dengan alasan kerajaan Taliban memberikan perlindungan kepada al-Qaeda dan membenarkan wilayah Afghanistan digunakan sebagai markas latihan al-Qaeda serta sebagai tapak pelancaran serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat.

Presiden George Bush juga mengaitkan al-Qaeda dengan Iraq dan menggunakan kaitan ini untuk memberikan alasan untuknya menyerang Iraq dengan menggunakan, antara lainnya, alasan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein telah membantu kumpulan al-Qaeda, walaupun ini kemudiannya terbukti palsu.
Selain Menara Berkembar World Trade Center sendiri, banyak bangunan lain di sekitar turut musnah atau rosak, termasuk 7 World Trade Center, 6 World Trade Center, 5 World Trade Center, 4 World Trade Center, Marriott World Trade Center (3 WTC), dan kompleks World Financial Center.

Serangan ini memberikan kesan ekonomi besar terhadap pasaran Amerika Syarikat dan dunia. Bursa Saham New York (NYSE), American Stock Exchange (AMEX), dan NASDAQ tidak dibuka pada 11 September dan kekal tutup sehingga 17 September. Apabila pasaran saham dibuka semula, Indeks Perindustrian Dow Jones (DJIA) jatuh 684 mata, atau 7.1%, kepada 8921, rekod jatuhan satu hari.

Ribuan tan reruntuhan puing toksik akibat runtuhnya Menara Berkembar terdiri daripada lebih 2,500 bahan cemar, termasuk karsinogen yang dikenali. Ini telah membawa kepada sakit melemahkan di antara pekerja penyelamat dan pemulihan, yang didakwa ramai berkait langsung dengan pendedahan kepada debu reruntuhan.

Menurut laporan rasmi Suruhanjaya 9/11, sembilan belas lelaki yang merupakan ahli kumpulan al-Qaeda, telah merampas empat kapal terbang komersil di mana dua kapal terbang tersebut telah dihempas kepada dua menara di World Trade Center di Manhattan, bandaraya New York, lalu meruntuhkan kedua-dua menaranya. Kapal terbang ketiga pula terhempas di ibu pejabat Kementerian Pertahanan A.S. di Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan pusat pentadbiran Amerika Syarikat iaitu, Washington, D.C. Manakala kapal terbang yang keempat terhempas 'dengan selamatnya' di sebuah ladang berhampiran Shanksville, Pennsylvania.

Sesetengah orang menyoal versi rasmi pengeboman ini, motivasi di belakangnya, dan pihak yang terlibat, dan telah melakukan penyiasatan bebas. Kebanyakan teori alternatif melihat pengeboman ini sebagai casus belli melalui bendera palsu bagi membolehkan peningkatan penenteraan dan kuasa polis.

Para penyokong teori konspirasi 9/11 ini mengatakan ada individua di dalam Amerika Syarikat mempunyai maklumat terperinci mengenai serangan ini dan dengan sengaja memilih tidak berbuat apa-apa, atau bahawa ada individu di luar al-Qaeda merancang, melaksanakan, atau membantu dalam serangan ini. Sesetengah peneori juga mendakwa World Trade Center tidak runtuh akibat dilanggar pesawat tetapi kerana diletupkan dengan bahan letupan.

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...