AKTIVITI TERKINI


Lokasi Pelawat GAMB

Melaka Darul Azim

Melaka Darul Azim

Sunday, January 23, 2011

KETUA GAMB MELAKA MELAWAT KARNIVAL JOM MASUK U DI MITC


 Pada 22/1/2011 Ds Farhan telah meluangkan masa melawat karnival Jom Masuk U di MITC bersama ketua pemuda cawangan Pengkalan Balak En. Akmal Manap. karnival Jom Masuk U ini amat sesuai diadakan  supaya pelajar di tingkatan 5 dapat info mengenai syarat kelayakkan universiti yang mereka ini mohon selepas SPM dan tidak ketinggalan juga pelajar yang mengambil STPM dan yang telah mempunyai Diploma untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


 Ibu bapa juga tidak melepaskan peluang menemani anak-anak mereka untuk mendengar sendiri mengenai syarat kemasukkan yang ingin di mohon oleh anak-anak mereka.


Pelajar yang masih bersekolah amat digalakkan untuk datang melihat sendiri masa depan mereka untuk memasuki universiti agar semangat belajar bertambah dan dapat meletakkan 1 target untuk universiti yang dipilih.


syarat-syarat umum yang dipaparkan memudahkan ibu bapa dan anak-anak membacanya sebelum pergi ke booth yang disediakan oleh setiap universiti yang ada di Malaysia daripada IPTA hingga ke IPTS.


UPSI antara menjadi tumpuan para ibu bapa dan pelajar yang menginginkan anak mereka menjadi guru. Semua universiti menyediakan browser bagi memudahkan pelajar mengambil dan membacanya di rumah mengenai syarat kelayakkan.

KETUA GAMB MELAKA MELAWAT ANAK MUDA MASJID TANAH YANG KEMALANGAN DI PPUM

 Pada 19/1/2011 Ketua GAMB Melaka Ds Farhan telah meluangkan masa melawat anak muda Masjid Tanah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di Sunpower Rembia Alor Gajah. Saudara Hafiz Hamzahari telah patah tulang belakang dan buat ketika ini beliau lumpuh dari paras dada hingga ke kaki. 


Ds berbual dengan rakan lama beliau bertanyakan jika mempunyai sebarang masalah dan bantuan yang diperlukan oleh Hafiz.


Hafiz menceritakan detik beliau kemalangan dan bagaimana kemalangan berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke Sunpower di Rembia. Beliau kemalangan sewatu hujan lebat pada pagi 25/12/2010.


Hafiz tidak dapat duduk tanpa bantuan dari orang lain dan beliau ceria apabila Ds meluangkan masa selama 1 jam lebih untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan beliau. semoga Hafiz Hamzahari cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan beliau seperti biasa. 

Thursday, January 20, 2011

ADUN MERLIMAU MELAKA MENINGGAL DUNIA



Al-Fatihah. ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan telah kembali ke rahmatullah pada 8.10 minit malam sebentar tadi. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh..

Tuesday, January 18, 2011

Perjalanan DS esok 19/1/2011

Melawat seorang rakan iaitu Hafiz Hamzahari yang kemalangan pada krismas yang lalu sewaktu ke tempat kerja, sekarang anak muda Masjid Tanah ini berada di PPUM dan berita menyedihkan kemungkinan beliau lumpuh separuh badan. di harap Ahli GAMB berdekatan dapat bersama-sama DS Farhan melawat beliau esok. Doakan anak muda ini supaya cepat sembuh dan dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa..

Monday, January 17, 2011

"KONVOI BERKAYAK 1MALAYSIA"

 "KONVOI BERKAYAK 1MALAYSIA" 
dari Perlabuhan Kuala Linggi ke Kompleks Perahu Layar Hang Jebat Pengkalan Balak anjuran KELAB RAKAN MUDA (KRM) Masjid Tanah akan diadakan pada 19/2/2011. Kepada sesiapa yang berminat dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :-

* 012 - 9240313 - Syed Fauzi
* 017 - 2069556 - Muhammad Fathollah
* 012 - 2576360 - Muhammad Fadhli 
* 017 - 3837630 - Wan Motor

s.k Datuk Wira Abu Seman Yusop Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Penasihat Kelab Rakan Muda (KRM) Masjid Tanah.

p/s : Ahli GAMB boleh terlibat sekali untuk menyertai program ini dan daftarkan diri pada HULUBALANG UTAMA DS MOHAMMAD FARHAN MUKHLIS - 0134646354

Sunday, January 16, 2011

BLOG SEDANG DI NAIK TARAF

Pihak admin memohon maaf kerana blog ini sedang dalam naik taraf. harap maklum.

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum kepada seluruh anak muda negeri Melaka. Semoga anak muda mendapat input daripada blog GAMB Negeri Melaka.

BLOG TERPILIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...